Sesi Libat Urus Strategik Menteri Pendidikan Tinggi

Title

Sesi Libat Urus Strategik Menteri Pendidikan Tinggi

Subject

Libat urus strategik pendidikan tinggi negara

Description


Menghadiri sesi libat urus strategik YB Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam dalam usaha memperkukuh kerangka pembangunan pendidikan tinggi negara.

YBM menegaskan penganjuran sesi ini yang diteruskan secara konsisten sejak tiga tahun lalu mencerminkan komitmen KPT dalam mengamalkan pendekatan tadbir urus yang inklusif, berasaskan perkongsian kepakaran serta kolaborasi strategik antara kementerian dan institusi pendidikan tinggi.

Tahun 2026 ditetapkan sebagai tahun pemerkasaan pelaksanaan dasar, dengan penekanan kepada penterjemahan perancangan strategik kepada tindakan yang bersifat holistik, berfokus dan berimpak tinggi. Keutamaan juga diberikan kepada pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 yang telah diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada Januari lalu sebagai kerangka utama transformasi sektor pendidikan tinggi negara.

Setiap IPT akan mempertingkat kecekapan penyampaian, memperkukuh kecemerlangan akademik serta memperluas jaringan kolaborasi strategik dengan industri dan komuniti menjadi elemen kritikal dalam memastikan daya tahan serta daya saing pendidikan tinggi Malaysia di peringkat global.

Kepentingan pendekatan keseluruhan ekosistem dengan penglibatan aktif semua pemegang taruh, termasuk mahasiswa, tenaga akademik, warga institusi, rakan industri, alumni, ibu bapa serta masyarakat dalam merealisasikan agenda pembangunan pendidikan tinggi negara secara mampan turut diberi penekanan.

YBM turut menerima pandangan dan soalan daripada Naib-Naib Canselor dan Pegawai Utama KPT, merapatkan lagi ukhuwah kebersamaan, ketelusan dan kepercayaan pasukan KPT.

Globally Renowned, Locally Rooted

دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Malaysia Higher Education Blueprint (RPTM) 2026–2035

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Announcement

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1A8cGbF8Ji/

Files

VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (1).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (2).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (3).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (4).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (5).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (6).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (7).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (8).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (9).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (10).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (11).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (12).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (13).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (14).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (15).jpg
VC_hadiri_Libaturus WTC 050226 (16).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sesi Libat Urus Strategik Menteri Pendidikan Tinggi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1933.

Output Formats