Setelah 50 Tahun Pemergian Tun Abdul Razak Hussein
Title
Subject
Description

50 tahun berlalu, masih segar dalam ingatan.
Walaupun hanya kanak-kanak waktu itu, terlalu kecil untuk benar-benar memahami kenapa ramai orang dewasa menangis, menangisi perginya seorang pemimpin yang banyak berjasa….
Tun Abdul Razak Hussein meninggal dunia pada 14 Januari 1976.
Tempat: London, United Kingdom
Sebab: Leukemia
Umur: 53 tahun
Beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-2 (1970–1976) dan dikenang sebagai Bapa Pembangunan atas jasa besar dalam pembangunan luar bandar, pendidikan — termasuk UiTM — serta perpaduan negara.
Tun Razak ialah tokoh utama di sebalik penubuhan RIDA (Rural and Industrial Development Authority) pada tahun 1950.
Di bawah RIDA, ditubuhkan RIDA Training Centre (RTC), Dewan Latehan RIDA pada 1956, yang menjadi asas kepada UiTM hari ini — Evolusi 7 Dekad UiTM.
Tanpa Tun Abdul Razak, UiTM seperti yang kita kenal hari ini hampir pasti tidak wujud.
Beliaulah arkitek yang meletakkan asas, hala tuju dan keberanian politik untuk menjadikan pendidikan tinggi sebagai alat pembebasan ekonomi Bumiputera.
Namanya diabadikan pada Perpustakaan UiTM sewaktu perasmian Perpustakaan Tun Abdul Razak pada 29 Julai 1972.
Semoga Allah ampuni beliau dan tempatkan beliau di kalangan orang yang soleh. Amin.
Al-Fatihah!
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا