Sambutan Hari OKU UiTM : Menyantuni Staf Dan Anak - Anak OKU

Title

Sambutan Hari OKU UiTM : Menyantuni Staf Dan Anak - Anak OKU

Subject

Orang Kurang Upaya, Inklusiviti, Pendidikan Inklusif, Hari OKU, UiTM

Description



Petang Jumaat, menyantuni anak-anak dan staf OKU sempena Sambutan Hari OKU UiTM 2025, yang diraikan seiring dengan tema kebangsaan “Masyarakat Inklusif OKU, Kunci Kemajuan Sosial.”

Majlis ceria dengan pelbagai anugerah dan selingan persembahan dari warga OKU. Kami juga berkongsi pengalaman hidup seorang dyslexic, menekankan perlunya kecaknaan kerana dyslexia ringan boleh mencecah 20% dalam populasi, manakala secara amnya peratusan kelainan upaya fizikal, mental dan pembelajaran adalah 15-16% satu angka yang bukan kecil. Pastinya memerlukan pengorbanan, komitmen, iltizam dan istiqamah.

InsyaAllah setiap kekurangan Allah gantikan dengan kekuatan!
UiTM dengan jumlah pelajar OKU teramai tetap komited memberi ruang dan peluang kepada anak-anak OKU pelbagai kelainan upaya untuk menimba ilmu seperti yang dituntut dalam Al-Quran

Surah Abasa 1-6
عَبَسَ وَتَوَلَّىٰٓ (١)
Dia memasamkan muka dan berpaling, (1)
أَن جَآءَهُ ٱلۡأَعۡمَىٰ (٢)
Kerana dia didatangi orang buta. (2)
وَمَا يُدۡرِيكَ لَعَلَّهُ ۥ يَزَّكَّىٰٓ (٣)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu)! (3)
أَوۡ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ ٱلذِّكۡرَىٰٓ (٤)
Ataupun dia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi manfaat kepadanya. (4)
أَمَّا مَنِ ٱسۡتَغۡنَىٰ (٥)
Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), (5)
فَأَنتَ لَهُ ۥ تَصَدَّىٰ (٦)
Maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. (6)
Terkadang-kadang kita menganggap yang lemah lah yang bergantung kepada yang kuat, pada hakikat, yang kuat menumpang rezki pada yang lemah.
هَلْ تُنْصَرُونَ وَتُرْزَقُونَ إِلَّا بِضُعَفَائِكُمْ
“Tidakkah kamu diberi pertolongan dan rezeki melainkan kerana (keberkatan) golongan lemah dalam kalangan kamu?”
(HR Bukhari)
Wujudnya mereka yang perlukan empati, dikasihani dan dikasihi.. memungkinkan kita dikasihani dan dikasihi oleh Yang di langit.
ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
“Kasihanilah mereka yang di bumi, nescaya kamu akan dikasihani oleh Yang di langit.”
(HR Tirmizi, Hasan Sahih)
Terima kasih kepada semua penaja dan semua yang menjayakan sambutan ini.
Jom Cakna OKU!

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Sambutan Hari OKU

Language

Malay, Arabic (Quran Verses, Jawi), English

Type

Social Media Post (Facebook), Event Activity Announcement

Coverage

Malaysia, Universiti Teknologi MARA

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1AH9p2gcic/

Files

Sambutan Hari OKU (1).jpg
Sambutan Hari OKU (2).jpg
Sambutan Hari OKU (3).jpg
Sambutan Hari OKU (4).jpg
Sambutan Hari OKU (5).jpg
Sambutan Hari OKU (6).jpg
Sambutan Hari OKU (7).jpg
Sambutan Hari OKU (8).jpg
Sambutan Hari OKU (9).jpg
Sambutan Hari OKU (10).jpg
Sambutan Hari OKU (11).jpg
Sambutan Hari OKU (12).jpg
Sambutan Hari OKU (13).jpg
Sambutan Hari OKU (14).jpg
Sambutan Hari OKU (15).jpg
Sambutan Hari OKU (16).jpg
Sambutan Hari OKU (17).jpg
Sambutan Hari OKU (18).jpg
Sambutan Hari OKU (19).jpg
Sambutan Hari OKU (20).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Sambutan Hari OKU UiTM : Menyantuni Staf Dan Anak - Anak OKU,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1847.

Output Formats