Anugerah Kecemerlangan Residensi Mahasiswa UiTM (AKRM) 2025 : Meraikan Pencapaian
Title
Subject
Description

Semalam, 12 Disember 2025, buka topi kami pakai tanjak pula, menyempurnakan jemputan Majlis Anugerah Kecemerlangan Residensi Mahasiswa UiTM (AKRM) 2025, meraikan dedikasi, kreativiti dan pencapaian program mahasiswa residensi seluruh UiTM. Majlis berlangsung di Dewan Anjung Seri Budiman dan turut dihadiri YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Sahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).
Sebanyak 17 kategori telah dipertandingkan.
Tahniah Kolej Kediaman Melati atas pencapaian program luar biasa dan dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Emas Keseluruhan AKRM 2025!
Terima kasih kepada para penaja, Yayasan Perkasa Siswa, Adabi Consumers Sdn. Bhd., dan Persatuan Alumni Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (PIMPIN).
Anugerah Kemuncak
-
Emas (Johan) Keseluruhan: UiTM Shah Alam – Kolej Kediaman Melati
-
Perak (Naib Johan) Keseluruhan: UiTM Cawangan Kelantan
-
Gangsa (Tempat Ketiga) Keseluruhan: UiTM Shah Alam – Kolej Kediaman Delima
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang serta seluruh warga Hal Ehwal Pelajar (HEP) atas pelaksanaan yang berjaya. Teruskan tugas kita sebagai pendidik!
Semoga anugerah ini dapat mencetus inspirasi kepada seluruh mahasiswa residensi UiTM.
Globally Renowned, Locally Rooted