Penyertaan UiTM dalam Program Retreat Pelaksanaan RPTM 2026–2035

Title

Penyertaan UiTM dalam Program Retreat Pelaksanaan RPTM 2026–2035

Subject

Penglibatan kepimpinan UiTM dalam Program Retreat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 (RPTM)

Description



Setelah menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti sebelah pagi dan seusai menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Selangor, bergegas ke World Trade Centre menghadiri Program Retreat yang telah berlangsung dari pagi untuk Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 (RPTM) yang diluncurkan oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 21 Januari 2026 lalu.

Bagi memastikan penjajaran strategik, penetapan keutamaan yang realistik serta pelaksanaan mekanisme yang berkesan selaras dengan objektif RPTM, Retreat bertujuan:
i. Memperkukuh kefahaman bersama dan kesepakatan strategik dalam kalangan kepimpinan KPT, jabatan, agensi dan IPT berhubung hala tuju, keutamaan serta prinsip pelaksanaan Pelan Tindakan 2026–2028 bagi RPTM 2026–2035;
ii. Membincangkan konsep “Unbundling Higher Education” untuk memperjelas maksud, skop dan implikasinya terhadap landskap pendidikan tinggi Malaysia selari dengan aspirasi RPTM 2026–2035; dan
iii. Menyelaras pendekatan pelaksanaan dan penjajaran pelan tindakan antara KPT dan IPT bagi memastikan setiap lonjakan, strategi dan inisiatif RPTM 2026–2035 dapat diterjemahkan secara berfasa, tersusun dan selari dengan konteks serta keupayaan institusi.

Diamanahkan juga mempengerusikan Kumpulan 4 MCUN dan membentangkan hasil kumpulan kepada YBM KPT serta kepimpinan KPT. Semoga dipermudahkan urusan kita melonjakkan IPT negara ke persada dunia.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Program Retreat Pelaksanaan Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026–2035 (RPTM)

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Jawi), English

Type

Social Media Posting (Facebook), Event Coverage

Coverage

World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1B8AYcQbse/

Files

VC_Retreat Programme KPT (1).jpg
VC_Retreat Programme KPT (2).jpg
VC_Retreat Programme KPT (3).jpg
VC_Retreat Programme KPT (4).jpg
VC_Retreat Programme KPT (5).jpg
VC_Retreat Programme KPT (6).jpg
VC_Retreat Programme KPT (7).jpg
VC_Retreat Programme KPT (8).jpg
VC_Retreat Programme KPT (9).jpg
VC_Retreat Programme KPT (10).jpg
VC_Retreat Programme KPT (11).jpg
VC_Retreat Programme KPT (12).jpg
VC_Retreat Programme KPT (13).jpg
VC_Retreat Programme KPT (14).jpg

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Penyertaan UiTM dalam Program Retreat Pelaksanaan RPTM 2026–2035,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 20, 2026, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1949.

Output Formats