Majlis Korban dan Akikah Peringkat Universiti Teknologi MARA Shah Alam Bersempena 13 Zulhijjah 1447H

Title

Majlis Korban dan Akikah Peringkat Universiti Teknologi MARA Shah Alam Bersempena 13 Zulhijjah 1447H

Subject

Majlis Korban dan Akikah, Universiti Teknologi MARA Shah Alam, Hari Tasyrik, Ibadah Korban, Kesukarelawanan, Gotong-Royong, Ukhwah, Komuniti Universiti

Description




Daripada Abu Musa al-Asy‘ari RA, Rasulullah SAW bersabda:

الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا

Kemudian Baginda menyelangkan jari-jemarinya.

“Orang mukmin dengan mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan; sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain.”

(Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Semalam adalah hari terakhir dari hari Tasyrik, 13 Zulhijjah 1447H, hari terakhir untuk menjalankan ibadah korban. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah menganjurkan Majlis Korban dan Akikah dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat gotong-royong di kampus induk universiti.

Program telah melibatkan warga universiti, alumni, pelajar serta masyarakat setempat itu bertujuan menghayati pengorbanan yang dituntut dalam Islam di samping mengukuhkan hubungan silaturahim antara komuniti kampus dan masyarakat.

Terima kasih dan tahniah kepada BHEI selaku penganjur dan semua para sukarelawan yang telah berganding bahu dalam aktiviti melapah, menimbang dan membungkus daging untuk diagihkan.

Terima kasih juga kepada Yang Berusaha Prof. Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, TNC ICAN yang telah menyampaikan simbolik penyerahan daging korban kepada peserta, wakil rumah anak yatim dan komuniti dalam program Korban dan Akikah UiTM Shah Alam.

Semoga ukhwah, semangat kerjasama, kesukarelawanan dan kebersamaan terus mekar di kalangan warga UiTM.

Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi

Masjid Universiti Teknologi MARA Shah Alam - Media FB Rasmi

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Hadith Text & Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Facebook), Community Activity Update, Religious Activity Update

Coverage

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DojABYdji/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA , “Majlis Korban dan Akikah Peringkat Universiti Teknologi MARA Shah Alam Bersempena 13 Zulhijjah 1447H,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2181.

Output Formats