Penghayatan Ilmu, Kepimpinan dan Amanah pada 12 Zulhijjah 1447H

Title

Penghayatan Ilmu, Kepimpinan dan Amanah pada 12 Zulhijjah 1447H

Subject

Hari Tasyrik, 12 Zulhijjah, Menuntut Ilmu, Kepimpinan Islam, Amanah, Hadis Nabi Muhammad SAW, Penghayatan Islam, Jamaah Haji

Description



Salam 12 Zulhijjah 1447H, Jamaah Haji yang melakukan Nafar awal akan bergerak balik ke Mekah, moga dimudahkan urusan sahabat kita di sana, Jumaat di hari Tasyrik.

Lakukan setiap sesuatu dengan ilmu. Mencari ilmu adalah kewajipan, bukan pilihan.

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap Muslim.”

(Riwayat Ibnu Majah)

Ilmu menjadi cahaya yang memandu manusia mengenal Allah, memahami kehidupan dan membezakan antara kebenaran dan kebatilan.

Daripada Abu Darda’ bahawa Nabi Muhammad ﷺ bersabda:

فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ

“Kelebihan orang alim berbanding ahli ibadah seperti kelebihan bulan purnama berbanding seluruh bintang.”

(Riwayat Abu Dawud dan At-Tirmizi)

Namun ilmu yang sebenar bukan hanya dihafal di fikiran, tetapi diterjemahkan dalam amal dan akhlak. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.

Amal tanpa ilmu pula mudah tersasar daripada petunjuk.

Justeru, teruslah menuntut ilmu, menyebarkannya dengan hikmah dan mengamalkannya dengan penuh keikhlasan. Itulah jalan keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ ۝ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang kamu tidak lakukan.”

(Surah as-Saff 2–3)

Ilmu bukan sekadar untuk diketahui, tetapi untuk dipikul sebagai amanah.

Semakin tinggi ilmu seseorang, semakin besar tanggungjawabnya terhadap manusia dan masyarakat.

Kepimpinan pula bukan tentang kedudukan, tetapi kemampuan membimbing dengan hikmah, adil dan teladan yang baik. Kepimpinan yang hebat lahir daripada ilmu yang benar, hati yang ikhlas, dan rasa tanggungjawab kepada Allah serta manusia.

كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

“Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Perlunya bertindak atas keyakinan ilmu dengan yakin kepada Allah SWT, walau tidak disambut atau didokong oleh yang lain, yakin kepada kebenaran dan pertolongan Allah SWT. Terkadang berseorangan menghadap segala risiko dan tanggungjawab yang terpikul, yang pasti disoal dan perlu dijawab.

وَقُل رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَانًا نَّصِيرًا

Dan katakanlah: "Ya Tuhan-ku, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong."

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap". Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

(Surah al-Isra’ 80–81)

Semoga Allah menerima ibadah dan korban kita, merezkikan kekuasaan yang menolong dan melenyapkan kebatilan yang pasti lenyap, amin.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan hantaran berbentuk perkongsian keagamaan mengenai kepentingan menuntut ilmu, mengamalkan ilmu, amanah kepimpinan serta penghayatan nilai Islam sempena 12 Zulhijjah 1447H dan Hari Tasyrik. beserta petikan hadis dan ayat Al-Quran

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Quran Verses, Hadith & Jawi Script)

Type

Social Media Posting (Faceboook), Religous posting

Coverage

Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1BJgEJS4gv/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA , “Penghayatan Ilmu, Kepimpinan dan Amanah pada 12 Zulhijjah 1447H,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2180.

Output Formats