Majlis Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Title

Majlis Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Subject

ari Raya Aidiladha, Ibadah Korban, Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor, Kampus Segamat, RHB Bank Berhad, Tanggungjawab Sosial Korporat, Pembangunan Infrastruktur Kampus, Warga Universiti

Description



Hari Raya Aidil Adha ke dua, hadir jemputan majlis Korban di UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, bersama YBhg. Dato' Mohd Rashid bin Mohamad (Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Bank Berhad) yang telah menyumbangkan seekor lembu untuk dikorbankan, terima kasih Dato’ & RHB. Dato’ Rashid yang kebetulan balik ke rumah bonda beliau beraya. Alhamdulillah seronok sembang bahasa Segamat yang masing-masing lama tak pakai.

Selepas itu kita sama-sama menyaksikan upacara Korban, dah terbiasa, tak boleh tengok saja, turun tangan jugak merebahkan Lembu, ada jugak yang tanya petua, kami jawab, Allah SWT berikan kekuatan khusus pada semua Makhluk, tapi di mana kekuatan, di situ juga letak lemahnya… Kuat lembu pada tanduknya, dipulas tanduk tunduklah dia, kuat ayam dan burung pada kepaknya, kalau dicekak kepaknya, lemahlah dia.. nak tau tekniknya kena cari pengeras cukup lah kot sharing nya.

Hadir sama Rektor, JKEN dan warga UiTM Cawangan Segamat. Tahniah semua dan Terima kasih kepada RHB dan semua sukarelawan yang bertugas.

Sempat juga melihat projek baikpulih Kolej Kediaman yang telah siap, memantau kualiti kerja untuk menerima pelajar bulan September nanti InsyaAllah.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Berkaitan penyertaan dalam Majlis Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay. Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Comunity Activity Update

Coverage

UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat, Johor Darul Takzim, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1E2nJgeH7Z/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Majlis Ibadah Korban Hari Raya Aidiladha di Universiti Teknologi MARA Cawangan Johor Kampus Segamat,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2179.

Output Formats