Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban di Taman Tasik Utama

Title

Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban di Taman Tasik Utama

Subject

Hari Raya Aidiladha, Ibadah Korban, Gotong-Royong Komuniti, Masjid Al-Alami, Taman Tasik Utama, Penghayatan Islam, Kerjasama Masyarakat

Description



Alhamdulillah pagi tadi, direzkikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Al-Alami Melaka, bertemu dan menyantuni pendidik-pendidik lagenda, Datuk Shaari, Datuk Abu, dan rakan kariah mengucap selamat Hari Raya Aidiladha.

Selesai sarapan, terus bersama jiran-jiran Taman Tasik Utama melunaskan ibadah korban, gotong-royong setaman, Alhamdulillah 10 ekor lembu dan 5 ekor kambing tumbang, selesai sebelum Zohor.

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan hendaklah kamu saling tolong-menolong dalam perkara kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan.”

(Surah al-Ma’idah 5:2)

Kami pun sama juga mengeluarkan segala perkakasan yang hanya dikeluarkan setahun sekali. Memang kita orang kampung, main kapak, parang dan pisau lapah ini, direzkikan dari budak-budak.

Terima kasih, Tn Khairul Taib, menyelesaikan sembelihan kambing, “ketagih”, sejak mula menyembelih semasa misi korban di Kemboja dulu. Kami simpan dulu parang kami.

Tahniah kepada semua JK Masjid TTU dan JK Pelaksana Korban, siap SOP dan Check List, tahniah.

Semoga Allah menerima ibadah dan korban kita semua, amin. Alhamdulillah lega dah “tahallul” sebab penampilan dah serabai.

Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

Creator

Official Facebook Page : Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi

Date

Relation

Hantaran berkaitan sambutan Hari Raya Aidiladha, pelaksanaan ibadah korban secara gotong-royong bersama kariah di Taman Tasik Utama

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, Arabic (Quran Verses, Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), Religious Reflection, Community Activity Update

Coverage

Melaka, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1THadhdp68/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi, “Sambutan Hari Raya Aidiladha dan Ibadah Korban di Taman Tasik Utama,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2178.

Output Formats