Salam Jumaat : Rebutlah Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Title
Salam Jumaat : Rebutlah Lima Perkara Sebelum Lima Perkara
Subject
Pengurusan Masa, Nikmat Allah, Persiapan Akhirat, Hadis, Qiyamullail, Amanah Kehidupan
Description

Salam Jumaat,
Sama beringat….
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ:
شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ،
وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ،
وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ،
وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ،
وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ.
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. Masa mudamu sebelum datang masa tuamu.
2. Masa sihatmu sebelum datang masa sakitmu.
3. Masa kayamu sebelum datang masa fakirmu.
4. Masa lapangmu sebelum datang masa sibukmu.
5. Masa hidupmu sebelum datang kematianmu.”
(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, Al-Hakim al-Naisaburi menyatakan hadis ini sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim juga dinilai sahih oleh Muhammad Nasiruddin al-Albani)
Hadis ini adalah peringatan tentang pentingnya pengurusan masa, mensyukuri nikmat Allah, dan membuat persiapan untuk akhirat yang kekal dengan memanfaatkan peluang yang ada sebelum ia hilang, kerana masa dan peluang hanya datang sekali, be grateful, cherish the moment, take the opportunity and face the challenges.
Kita pada hakikatnya hanya menghitung hari dan waktu atas semua perkara, nikmat usia, sihat, harta, lapang sebelum yang pasti setiap saat dan perkara itu akan berlalu pergi…semua bentuk amanah yang dipikul juga bertempoh yang pasti akan di persoal nanti. Kita menyangka ada hari-hari dan waktu yang kita termaklum… adapun pada hakikatnya waktu ajal dan semua semua waktu tesebut hanya dalam Ilmu Allah swt jua.
Tepatlah ingatan Jibril a,s. melalui baginda Nabi ﷺ
جَاءَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ فَقَالَ:
يَا مُحَمَّدُ، عِشْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَيِّتٌ، وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَارِقُهُ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِيٌّ بِهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ قِيَامُهُ بِاللَّيْلِ، وَعِزَّهُ اسْتِغْنَاؤُهُ عَنِ النَّاسِ.
Jibril AS datang kepada Nabi Muhammad ﷺ lalu berkata:
“Wahai Muhammad, hiduplah sebagaimana yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau tetap akan mati.
Cintailah sesiapa yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau tetap akan berpisah dengannya.
Lakukanlah apa sahaja yang engkau kehendaki, sesungguhnya engkau akan dibalas berdasarkan amalan itu.
Dan ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin ialah qiyamullail (solat malam), manakala kehormatannya ialah tidak bergantung kepada manusia.”
(Dinilai hasan oleh Al-Mundziri dan Muhammad Nasiruddin al-Albani dalam Sahih al-Jami’ Hadis no. 73).
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Relation
Hantaran berupa peringatan keagamaan mengenai pengurusan masa, mensyukuri nikmat Allah, amanah kehidupan dan persiapan untuk akhirat
Format
Digital Text, JPEG Image
Language
Malay, Arabic (Hadith), English
Type
Social Media Posting (Facebook), Religious Message, Hadith, Islamic Reminder, Motivational Message
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UITM), Malaysia
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Salam Jumaat : Rebutlah Lima Perkara Sebelum Lima Perkara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2265.