Menghadiri IMT-GT UNINET Council Meeting dan Ziarah Istana Maimun, Medan

Title

Menghadiri IMT-GT UNINET Council Meeting dan Ziarah Istana Maimun, Medan

Subject

IMT-GT UNINET, UNINET Council Meeting, Universitas Sumatera Utara, UNINET Strategic Action Plan, Universitas Syiah Kuala, Eco-Campus, Cross Border Projects, Istana Maimun, Kesultanan Deli, Sejarah Melayu-Islam, Tulisan Jawi

Description



Alhamdulillah selesai mempengerusikan IMT-GT UNINET Council Meeting di Universitas Sumatera Utara, Indonesia.
Discussed and decided on several important matters, including:
1. The progress and implementation updates of the UNINET Strategic Action Plan (USAP) 2022–2026 in line with the Implementation Blueprint;
2. The endorsement of Universitas Syiah Kuala (USK) as the UNINET Permanent Secretariat;
3. Updates on the development of the UNINET Strategic Action Plan 2027–2031 and the future direction of the network;
4. Sustainability initiatives including Eco-Schools, Eco-Campus, and Green Key Programme;
5. Updates on proposed Flagship UNINET Cross Border Projects, including digital transformation, micro-credentials, 4IR initiatives, and tourism integration; and
6. The transition and handover of the UNINET Chairmanship from Malaysia (UiTM) to Thailand.

Boleh kata selesai Alhamdulillah kecuali yang akhir, pihak Thailand belum bersedia dan memohon Malaysia meneruskan Kepengerusian UNINET, langsung disokong oleh ahli Majlis UNINET yang hadir fizikal dan di atas talian.

InsyaAllah, walaupun penggal lantikan kami juga akan tamat, tetap memberi komitmen bagi pihak Malaysia untuk melaksanakan amanah sebaiknya.

Tahniah juga kepada USU kerana dilantik Country Coordinator untuk Indonesia, PSU dikekalkan untuk Thailand dan UiTM terus mendapat mandat dari ahli universiti-universiti Malaysia yang hadir.

Semuga usaha sama ini terus diberkati dan memberi manfaat kepada semua, InsyaAllah.
Lewat petang Jumaat, sempat singgah berziarah ke Istana Maimun yang merupakan pusat pemerintahan Kesultanan Deli yang menjadi lambang kegemilangan kerajaan Melayu di Pantai Timur Sumatera, dibina atas titah Sultan Deli ke-9, Sultan Ma’mun Al Rasyid Perkasa Alamsyah.

Kesultanan Deli merupakan salah satu daripada empat kesultanan Melayu utama di Pantai Timur Sumatera bersama Kesultanan Langkat, Kesultanan Serdang dan Kesultanan Asahan. Kesultanan ini memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun Melayu-Islam, perdagangan Selat Melaka, dan hubungan sejarah antara Sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Menyentuh jiwa apabila bertemu waris kesultanan, cucu Sultan berdaulat terakhir, Sultan Osman Al Sani Perkasa Alamsyah, masih memakai nama Tengku, yang masih mendiami kawasan Istana yang kelihatan semakin usang dan daif.

Pada tahun 1946, waktu Orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu bangkit menentang Malayan Union dan mengangkat Raja-Raja Melayu, Revolusi Sosial Sumatera Timur berlaku yang mana golongan revolusi meruntuhkan serta menyerang institusi kesultanan dan ramai kerabat diraja dan bangsawan menjadi mangsa.

Terpapar di dinding Istana, penerangan Perhiasan Alat Kerajaan Negeri Deli dalam tulisan Jawi.. kami bacakan apa yang tertulis itu kepada Tengku yang mengiringi kami waktu itu kerana rata-rata tidak lagi boleh membaca jawi.

Bersyukurlah kita atas segala nikmat, kemakmuran dan keamanan di Semenanjung Tanah Melayu yang hanya di seberang Selat.
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran Berkaitan IMT-GT UNINET Council Meeting oleh UiTM serta kunjungan ke Istana Maimun dan sejarah Kesultanan Deli

Format

Digital Text, JPEG/PNG Image

Language

Malay, English, Arabic (Jawi)

Type

Social Media Posting (Facebook), International Collaboration, Regional University Network

Coverage

  • Universitas Sumatera Utara, Medan, Sumatera Utara, Indonesia
  • Istana Maimun, Medan, Sumatera Utara, Indonesia
  • IMT-GT Subregion — Indonesia, Malaysia and Thailand

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18zGKXcSUb/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menghadiri IMT-GT UNINET Council Meeting dan Ziarah Istana Maimun, Medan,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2303.

Output Formats