Sesi Sembang Santai dan Perkongsian Ilmiah Bersama Kepimpinan MPP UiTM Shah Alam
Title
Subject
Description
Malam Selasa lalu, menyantuni kepimpinan MPP Shah Alam. Selesai makan malam, kami bersembang santai, menjawab persoalan juga memberi penerangan secara ilmiah tentang isu-isu semasa, khususnya yang terkait dengan kita.
Alhamdulillah, sempat juga menguji kefahaman anak-anak yang datang dari pelbagai fakulti tentang pelbagai perkara, dari undang-undang, pengurusan perniagaan hingga ke nas-nas hadis dan Quran yang perlu diingat untuk menjadi sandaran hidup.
Ramai yang kena “viva”, dari Akta Syarikat, Akta 173, Perkara 153, antara Revenue, Profit, Defisit dan Loss, konsep Check and Balance, proses pengauditan kerajaan, dari Audit Dalam, Audit Negara hingga PAC, pesanan Lokman kepada anaknya, hal ketenangan dan kebahagiaan, juga ciri kepimpinan dan tujuan utama kehidupan, khususnya dalam menuju kehidupan yang baqa’.
Moga anak-anak lebih matang, andalah harapan negara bangsa untuk terus menggalas amanah perjuangan agama, bangsa dan tanah air.