Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026

Title

Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026

Subject

Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa, PULARA 2026, Dataran MADANI, Seri Manjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris, MAKUM, Kementerian Pendidikan Tinggi, UiTM Perak, Malaysia Book of Records, Seni dan Budaya, Puisi, Lagu Rakyat, Muzik Tradisional, Sajak Jampi Bangsaku

Description


Alhamdulillah, 25 Oktober malam, direzekikan hadir di kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026 di Dataran MADANI, Seri Manjung yang berlangsung meriah dengan pelbagai persembahan puisi, lagu rakyat, muzik tradisional dan persembahan kebudayaan daripada penggiat seni tempatan serta antarabangsa.

Turut dihadiri pelbagai lapisan masyarakat penduduk sekitar Manjung yang hadir bersama keluarga masing-masing.
Konsep PULARA tahun ini berbeza berbanding penganjuran sebelumnya dengan membawa seni dan budaya terus ke tengah-tengah masyarakat melalui penglibatan beberapa buah kampung sekitar Manjung serta keterlibatan pelbagai UA.

Tahniah atas penghormatan daripada Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai pelajar luar negara dalam program ini kerana berjaya menghimpunkan mahasiswa tempatan dan antarabangsa untuk tinggal bersama keluarga angkat, mengenali kehidupan masyarakat kampung, mempelajari adat resam, menikmati makanan tradisional serta merasai sendiri keunikan warisan budaya tempatan.

PULARA bukan sekadar meraikan puisi, lagu dan seni persembahan, tetapi menjadikan budaya sebagai jambatan yang menghubungkan masyarakat tanpa mengira bangsa, bahasa dan negara.

Tahniah UPSI dan MAKUM serta terima kasih YBM, KPPT, semua warga KPT dan penggiat seni yang menjayakan PULARA 2026 dengan meriah sekali. Terima kasih TNC HEP UiTM, Rektor dan warga UiTM Perak yang sama-sama menjayakan majlis.

Semoga PULARA terus berkembang sebagai wadah memperkenalkan kekayaan seni dan budaya negara kepada dunia, di samping memperkukuh hubungan antara masyarakat tempatan dengan komuniti antarabangsa.

Menyahut persilaan awal majlis oleh YBM mewakili semua rakan Naib Canselor menyampaikan Sajak Penutup, Jampi Bangsaku, nukilan Aziz Deraman, penuh makna yang tersurat dan yang tersirat.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan kehadiran dan penglibatan dalam Majlis Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026, termasuk penyampaian sajak penutup Jampi Bangsaku karya Aziz Deraman.

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), International Festival, Cultural Event, Poetry Performance, Traditional Music Performance, Cultural Exchange, Higher Education Event

Coverage

Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/19eMnicbD7/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2476.

Output Formats