Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat UiTM 2026

Title

Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat UiTM 2026

Subject

Alumni Back to Campus (ABTC), Alumni UiTM, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Awam, Jaringan Alumni, Sumbangan Alumni, Kebajikan Mahasiswa, Bimbingan Kerjaya, Peluang Pekerjaan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Description



Pagi Sabtu, 10 Oktober 2026, Peluncuran Alumni Back To Campus Peringkat UiTM disempurnakan di Anjung Seri Budiman Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Kepada semua Alumni, dari kampus kita bermula, kepada kampus kita kembali berbakti.

Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat Kebangsaan 2026 pula telah dirasmikan oleh YBM KPT di Universiti Malaya, yang buat julung kalinya menghimpunkan alumni seluruh 20 Universiti Awam dalam satu gerakan bersama.

Dengan kekuatan sekitar 3.5 juta alumni, UiTM menyumbang 1.2 juta alumni. Kini kita mempunyai jaringan pengalaman, kepakaran dan bakat yang amat besar. Hari ini, UiTM menghimpun lebih 4500 peserta dari 13 kampus termasuk kami di ILD.

YBM mengharapkan agar para alumni dapat menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, khususnya mahasiswa yang sedang berdepan kesusahan. Ramai antara kita pernah merasai kesempitan hidup dan menerima bantuan yang membolehkan kita meneruskan pengajian.

Kini, tibalah masa untuk alumni kembali berbakti. Hulurkanlah bantuan mengikut kemampuan, sama ada melalui sumbangan, bimbingan atau peluang pekerjaan. Mudah-mudahan, bantuan kita hari ini menjadi sebab seorang mahasiswa terus bertahan, menamatkan pengajian dan membina masa depan yang lebih baik.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan peluncuran Alumni Back to Campus (ABTC) Peringkat UiTM 2026

Format

Digital Text, JPEG Image

Language

Malay, English

Type

Social Media Posting (Facebook), Alumni Engagement Program Update,

Coverage

  • Anjung Seri Budiman, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Hg5y7kAyq/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Peluncuran Alumni Back to Campus Peringkat UiTM 2026,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2437.

Output Formats