Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan UiTM Tahun 2025

Title

Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan UiTM Tahun 2025

Subject

Pengauditan Penyata Kewangan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Jabatan Audit Negara (JAN), Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Tatakelola, Pengurusan Kewangan, Syarikat Subsidiari UiTM, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Taman Persahabatan Selangor-Jepun, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Sharafuddin Idris Shah

Description



Pagi Jumaat lalu, hadir di Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan UiTM Tahun 2025 bersama rakan-rakan pengurusan dan GCEO/CEO anak syarikat UiTM bertempat di Jabatan Audit Negara Negeri Selangor, Wisma Audit Negeri Selangor, Shah Alam.

Jutaan terima kasih kepada Ketua Audit Negara, YBhg. Dato’ Seri Wan Suraya binti Wan Mohd Radzi yang telah mempengerusikan sendiri mesyuarat dan menandatangani langsung Sijil Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan UiTM berakhir 31 Disember 2025.

Terima kasih kepada seluruh pasukan JAN yang telah menjalankan audit 2025 dan juga pasukan UiTM yang telah memberi kerjasama penuh dalam proses audit. UiTM memberi komitmen penuh dalam melaksanakan semua penemuan dan penegasan yang telah dinyatakan. Bersama kita menambah baik tatakelola dan pengurusan kewangan seluruh sistem, insya-Allah.

Terserempak Timbalan CEO Kumpulan PKNS, Tuan Ir. Haji Md. Kamarzan bin Md. Rais, sahabat kami sama-sama di KPP ITM tahun 80-an dulu, menunggu giliran mesyuarat penutup untuk PKNS. Moga dimudahkan urusan.

Selesai di Wisma Audit, singgah sebentar minum bersama pengurusan sambil membuat post-mortem untuk tindakan segera beberapa perkara penegasan oleh KAN.

Sebelum Jumaat, singgah di Taman Persahabatan Selangor-Jepun melihat sendiri tapak untuk pelaksanaan projek TPS Ceramic Hub dengan kerjasama MBSA.

Alhamdulillah, direzekikan solat Jumaat di Masjid Negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Selepas solat, mengangkat sembah, menjunjung Duli Tuanku Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang berkenan berangkat solat Jumaat di Masjid Negeri Selangor. Menjunjung kasih Tuanku.

Creator

Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Relation

Hantaran ini berkaitan dengan penyertaan dalam Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan UiTM Tahun 2025 serta komitmen universiti untuk menambah baik tatakelola dan pengurusan kewangan, di samping aktiviti rasmi dan kunjungan di Shah Alam.

Format

Digital text, JPEG Image

Language

Malay

Type

Social Media Posting (Facebook), Institutional Activity Update

Coverage

  • Jabatan Audit Negara Negeri Selangor,
  • Wisma Audit Negeri Selangor, Shah Alam, Selangor, Malaysia
  • Taman Persahabatan Selangor-Jepun
  • Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Malaysia

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1DyfRN5JwW/

Files

Collection

Tags

Citation

Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan UiTM Tahun 2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2441.

Output Formats