Salam Pungkasan : Pengakhiran Kita, Di Mana Titik Noktahnya?
Title
Salam Pungkasan : Pengakhiran Kita, Di Mana Titik Noktahnya?
Subject
Pengakhiran Amalan, Husnul Khatimah, Istiqamah, Amalan Kebaikan, Kematian, Pengurusan Jenazah, Kesaksian Orang Beriman, Hadis Rasulullah, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Doa
Description

Sesungguhnya amalan kita bergantung pada pengakhirannya...
Apa jua amal, pekerjaan atau amanah yang ditunaikan, yang perlu kita jaga adalah pengakhirannya.
Peribahasa Melayu juga ada menyebut, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." Terpakai dalam perihal kita sekumpulan atau perihal diri.
Terlebih penting adalah pengakhiran sebuah kehidupan. Semakin kita berusia, pastikan kita terus istiqamah dengan amal yang baik. Semoga kita semua direzekikan sebuah pengakhiran yang terbaik, amin
عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ:
إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ، وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَيَعْمَلُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ، وَإِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
Daripada Sahl bin Sa‘d RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
“Sesungguhnya seseorang itu melakukan amalan ahli neraka, sedangkan dia termasuk dalam kalangan ahli syurga. Dan seseorang itu melakukan amalan ahli syurga, sedangkan dia termasuk dalam kalangan ahli neraka. Sesungguhnya amalan itu bergantung pada pengakhirannya.”
(Sahih al-Bukhari no. 6607; Sahih Muslim no. 112)
Semoga kebaikan itu disaksikan dan dirasai. Maka, menjadi budaya dan amalan yang biasa dilakukan ialah orang yang mengiringi jenazah menyebut:
“Apakah yang kamu katakan tentang jenazah ini?”
Kemudian hadirin menjawab:
“Kami bersaksi bahawa beliau seorang yang baik.”
Ramai menyangka ini budaya, walhal ianya adalah sunnah Nabi ﷺ.
Amalan ini berkait dengan hadis Rasulullah ﷺ mengenai kesaksian orang Islam terhadap jenazah.
Hadis daripada Anas bin Malik RA:
مَرَّ عَلَى النَّبِيِّ ﷺ بِجَنَازَةٍ، فَأَثْنَوْا عَلَيْهَا خَيْرًا فَقَالَ: «وَجَبَتْ». ثُمَّ مُرَّ بِأُخْرَى فَأَثْنَوْا عَلَيْهَا شَرًّا فَقَالَ: «وَجَبَتْ». فَقِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، قُلْتَ لِهَذَا وَجَبَتْ، وَلِهَذَا وَجَبَتْ؟ قَالَ: «شَهَادَةُ الْقَوْمِ، الْمُؤْمِنُونَ شُهَدَاءُ اللَّهِ فِي الْأَرْضِ».
Satu jenazah dibawa melewati Rasulullah ﷺ, lalu orang ramai memuji jenazah tersebut dengan kebaikan. Baginda bersabda: “Telah ditetapkan baginya.”
Lalu ditanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau mengatakan telah ditetapkan bagi kedua-duanya?”
Baginda menjawab:
“Kesaksian orang ramai. Orang-orang beriman ialah saksi-saksi Allah di muka bumi.”
(Sahih al-Bukhari no. 1367; Sahih Muslim no. 949)
Semoga Allah merezekikan kita pengakhiran semua amal dan kehidupan kita dengan pengakhiran yang terbaik.
اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ حُسْنَ الْخَاتِمَةِ
“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pengakhiran hidup yang baik.”
Allahumma Amin
Creator
Official Facebook Page : Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Date
Relation
Hantaran ini berkaitan dengan kepentingan menjaga pengakhiran amalan dan kehidupan, istiqamah dalam melakukan kebaikan, serta kesaksian orang beriman terhadap jenazah berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ.
Format
Digital Text, PNG Image
Language
Malay, Arabic (Hadith)
Type
Social Media Posting (Facebook), Religious Reflection, Islamic Teaching
Coverage
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1HqB2175zC/
Collection
Citation
Official Facebook Page :Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Salam Pungkasan : Pengakhiran Kita, Di Mana Titik Noktahnya?,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/2487.