Majlis Perasmian Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Poster Perasmian.jpg
jau1.jpeg
jau2.jpeg
jau3.jpeg
jau4.jpeg

Title

Majlis Perasmian Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam

Description

Majlis Perasmian Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam oleh YBhg. Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor , UiTM pada tarikh 25 Mei 2022 bertempat di bangunan baru Bangunan Jabatan Arkib Universiti, UiTM Shah Alam .

Sejarah penubuhan Jabatan Arkib Universiti.

Pada 28 Mac 1980 beberapa pegawai dari Arkib Negara Malaysia telah berkunjung ke Bahagian Pentadbiran UiTM untuk melihat bagaimana proses pengurusan rekod dilaksanakan. Dua tahun kemudian barulah penubuhan Unit Arkib UiTM pada 2 Januari 1982 dibawah tanggungjawab Bahagian Pentadbiran Pejabat Pendaftar. Seterusnya Unit Arkib telah dinamakan sebagai Unit Rekod dan Arkib pada awal Januari 1986 selaras dengan keperluan pengurusan rekod ITM.

Pada 1 Jun 2015 berlaku penstrukturan semula Pejabat Pendaftar yang meletakkan pengurusan rekod dan arkib UiTM kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak. Perkara ini telah diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Universiti (JKE) Bil. 6/2015 bertarikh 10 Jun 2015. Di bawah pengurusan Perpustakaan Tun Abdul Razak, Bahagian Arkib telah dibuat penjenamaan kepada Jabatan Arkib Universiti. Perkara ini telah dipersetujui dari keputusan Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 5/2016 bertarikh 1 Mac 2016.

Creator

Jabatan Arkib Universiti

Publisher

Jabatan Perpustakaan Digital

Collection

Tags

Citation

Jabatan Arkib Universiti, “Majlis Perasmian Bangunan Arkib Universiti Teknologi Mara Shah Alam,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/258.

Output Formats

Geolocation