"Unity In Bytes” Celebrates ASEAN Cultural Diversity On A Digital Platform
Title
"Unity In Bytes” Celebrates ASEAN Cultural Diversity On A Digital Platform
Description
On 18 June 2022, I attended the launch of the ASEAN Cultural Digital Ambassador Transformation Programme 2022: Unity in Bytes by YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture, at Mah Meri Cultural Village, Orang Asli Craft Centre, Sungai Bumbum, Carey Island, Selangor.
At this event, Malaysia hosted 20 Cultural Digital Ambassadors (CDA) from ASEAN countries including Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand, Singapore, the Philippines, and Vietnam.
The CDA delegations spent six days on Carey Island and Melaka and participated in edu-cultural activities with indigenous people and local communities.
Unity in Bytes provides an excellent opportunity and platform for ASEAN youth and cultural practitioners to become more adaptable, resilient, and technologically savvy in supporting the regional economy through edu-culture and creative digital content. I believe this will enhance their creativity, diversity, and cultural appreciation.
In my last speech at UiTM, I stressed the need to integrate Big Data analytics. Data is everything in this age of information technology. Therefore, we need to harness the use of scientific data such as machine learning, artificial intelligence and blockchain technology. This can also greatly improve the employability of graduates. However, to find a balance in the digital age, we also need to find a way to humanise technology.
In doing so, Unity Bytes is promoting the sustainability agenda of the United Nations. Therefore, this programme will focus on SDGs 3, 4, 8, 11, 15 and 17.
The CDA delegations also participated in a seminar and masterclass on regional cultural economies, where participants learned about practical activities such as digital content development and its role in the promotion and socio-economic upliftment of the region.
We hope that this initiative will further strengthen friendships through a digital approach while celebrating the cultural diversity of the ASEAN family.
Thank you to the Ministry of Tourism, Arts and Culture for the opportunity and cooperation to make this programme a success. Congratulations to all who contributed to this project, whether from academia, industry or the community. ~RT
“UNITY IN BYTES” RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA ASEAN DI PLATFORM DIGITAL.
Bertempat di Kampung Budaya Mah Meri, Pusat Kraf Orang Asli, Sungai Bumbum, Pulau Carey, Selangor. Pada 18 June yang lalu, saya telah menghadiri ke perasmian ASEAN Cultural Digital Ambassador Transformation Programme 2022: Unity in Bytes oleh YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan.
Pada kali ini, Malaysia menjadi tuan rumah di mana 20 Cultural Digital Ambassadors (CDA) dari kalangan negara ASEAN seperti Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Thailand, Singapura, Filipina, dan Vietnam hadir dalam acara ini.
Untuk enam hari, delegasi CDA telah terlibat dalam aktiviti pendidikan budaya bersama orang asli dan masyarakat tempatan di Pulau Carey dan Melaka.
Unity in Bytes menawarkan peluang dan platform yang baik untuk memupuk lebih ramai belia dan pengamal budaya ASEAN yang boleh menyesuaikan diri dan berdaya tahan dan celik teknologi dalam mempromosikan ekonomi serantau melalui pendidikan budaya dan kandungan digital yang kreatif. Saya percaya ini akan meningkatkan lagi kreativiti, kepelbagaian, dan apreasiasi budaya di kalangan mereka.
Saya pernah menekankan kepentingan mengintegrasikan analisis data raya, dalam ucapan saya sebelum ini di UiTM. Di era teknologi maklumat data adalah segalanya. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan Sains data termasuk machine learning, kecerdasan buatan dan teknologi blockchain. Ia sekaligus dapat memastikan kebolehpasaran graduan pada skala tinggi. Namun kita mesti mencari jalan menginsankan teknologi demi mencari keseimbangan tatkala kita bergerak pantas dalam zaman digital.
Untuk itu, Unity Bytes turut menekankan agenda kelestarian seperti yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Oleh demikian, program ini akan memberi fokus terhadap SDG 3,4,8,11,15 dan 17.
Delegasi CDA juga telah terlibat dalam seminar dan masterclass yang memfokuskan kepada ekonomi budaya serantau, di mana ia mendedahkan para peserta dengan aktiviti hands-on seperti penghasilan kandungan digital dan kepentingannya dalam aktiviti promosi serta pemulihan sosio-ekonomi serantau.
Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim menerusi pendekatan digital seterusnya meraikan kepelbagaian budaya keluarga ASEAN.
Terima Kasih kepada Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan atas peluang dan kerjasama menjayakan program ini. Tahniah kepada semua yang terlibat merealisasikan inisiatif yang melibatkan pelbagai pihak sama ada akademia, industri mahupun komuniti. ~RT
Date
Collection
Citation
“"Unity In Bytes” Celebrates ASEAN Cultural Diversity On A Digital Platform,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/278.