BULLETIN : CTWR 2022 EPISOD 6
Title
BULLETIN : CTWR 2022 EPISOD 6
Description
CTWR 2022 EPISOD 6 BERSAMA PROF. DATIN DR. SUZANA SULAIMAN & ENCIK RASYDAN MOHD HASSAN
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Sekali lagi CTWR 2022 Episod 6 telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Episod kali ini berlangsung dengan jayanya pada 18 Jun 2022, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Canselori Tuanku Syed Sirajuddin UiTM.
CTWR 2022 Episod 6 turut diserikan oleh persembahan muzik daripada pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan iaitu Encik Abdul Hamid Abdul Halim.
Pada kali ini, saya telah menjemput dua tamu panelis untuk membincangkan mengenai “Global Goals: UiTM at the Forefront in Pioneering Quality Education”, iaitu Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman- Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Encik Rasydan Mohd Hassan, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Dalam episod kali ini, Prof. Datin Dr Suzana telah berkongsi mengenai usaha dan kaedah yang digunakan oleh UiTM untuk mencapai pendidikan berkualiti di UiTM, iaitu dengan berasaskan tiga unsur pendidikan iaitu kualiti pensyarah, kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan kualiti graduan yang dihasilkan. UiTM mengukur pendidikan berkualiti ini melalui Inisiatif Utama supaya pensyarah dapat memberi yang terbaik kepada pemegang taruh dalaman dan luaran. Setiap pemegang taruh mempunyai jangkaan berbeza dari UiTM, sebagai contoh samada graduan yang dikeluarkan seimbang dan dapat memenuhi keperluan industri serta memenuhi keperluan piawaian dan standard seperti yang diharapkan.
Saya dan Prof Datin Dr Suzana juga berbincang mengenai peranan Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL) yang berfungsi meneraju inovasi dalam penyampaian dan pembelajaran selaras dengan kehendak kemajuan teknologi terkini. Melalui 18 jenis perkhidmatan, CIDL menyediakan platfom pembelajaran comprehensive untuk pelajar dan orang dewasa melalui pembelajaran sepanjang hayat, dengan pengunaan teknologi kreatif dan inovatif. Pihak UiTM juga telah menyediakan kerangka pengajaran kolaboratif untuk pensyarah mulakan kaedah pengajaran berpasukan dengan pakar dari dalam dan seluruh disiplin seperti pengamal industri dalam memastikan pendidikan berkualiti dapat diberikan kepada warga UiTM.
Secara rumusannya, Prof Datin Dr Suzana berpendapat bahawa pemikiran semasa dan kesediaan ahli akademik serta pelajar untuk beralih daripada pendekatan tradisional terhadap pengajaran dan pembelajaran harus diteliti. Perspektif dan amalan baharu perlu dilakukan untuk memastikan objektif SDG4 dapat dicapai di UiTM. Di antaranya adalah melalui strategi 5C iaitu Champion, Communication, Collaboration & Collective Effort, Culture dan Credit & Compensation. Perlaksanaan pengajaran kolaboratif, experiential learning and competency-based education landscape (HETVEC, EXCEL), dan pembudayaan ADAB, Amanah, ESI dan i-DART juga antara usaha yang dijalankan.
Dalam episod kali ini, YDP MPP Encik Rasydan juga telah berkongsi mengenai impak pendidikan berkualiti kepada pelajar dan kaedah pengajaran yang dilaksanakan oleh UiTM dalam membentuk graduan bagi memenuhi keperluan industri. Beliau menjelaskan bahawa kehendak kandungan pendidikan berbeza mengikut peredaran zaman dan kurikulum universiti perlu mengalami proses reset, recover dan restore supaya pendidikan berkualiti untuk semua orang dapat dijayakan. Pelajar juga perlu jelas dengan apa yang diperlukan dan apa yang perlu dilalui supaya kemudahan tersebut dapat disediakan oleh pihak universiti.
Saya dan Encik Rasydan juga berbincang tentang pembelajaran luar kelas yang memberikan impak yang besar kepada pelajar. Beliau berpendapat bahawa kaedah pembelajaran di luar kelas melalui aktiviti kemasyarakatan yang djalankan yang membezakan pelajar UiTM dengan universiti-universiti lain. Sebagai contoh, UiTM adalah universiti yang pertama menjadi sukarelawan sewaktu bencana banjir pada alhir tahun lepas. Pelajar perlu menjadi lebih bercita-cita tiggi dan bersifat lebih terbuka dengan menggunakan persekitaran dan komuniti dengan baik. Ini seterusnya akan mendekatkan komuniti, perniagaan dan industri denga pelajar dan membawa pelajar kepada aras baharu.
Secara rumusannya, Encik Rasydan berpendapat bagi memastikan penerimaan pendidikan kualiti boleh dikekalkan, kurikulum universiti perlu dilihat samada adakah masih releven atau terdapat keperluan pengujudan silibus baharu, serta fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan selari dengan keperluan Ir4.0 dan Education 5.0.
Saya juga berharap semua Keluarga UiTM terutama semua pensyarah dan pelajar UiTM akan lebih faham berkenaan pendidikan kualiti yang diusahakan UiTM serta kaedah supaya usaha ini kekal releven selari dengan kehendak industri, komuniti dan majikan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah-pensyarah dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman dan Encik Rasydan Mohd Hassan.
Jumpa lagi di CTWR Episod 7!
CTWR 2022 EPISODE 6 WITH PROF. DATIN DR. SUZANA SULAIMAN & ENCIK RASYDAN MOHD HASSAN
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Once again, CTWR 2022 Episode 6 has struck a balance between relaxed and informative content.
This episode was successfully broadcast live via the UiTM YouTube channel at the UiTM Tuanku Syed Sirajuddin Chancellery Building on 18 June 2022.
CTWR 2022 Episode 6 also featured a musical performance by Encik Abdul Hamid Abdul Halim, a lecturer from the Faculty of Business and Management.
This time I invited two guest panellists to talk about "Global Goals: UiTM at the Forefront in Pioneering Quality Education", namely Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman - Deputy Vice Chancellor (Academic and International), Universiti Teknologi MARA (UiTM) and Encik Rasydan Mohd Hassan, President of Student Representative Council (MPP), Universiti Teknologi MARA (UiTM).
In this episode, Prof. Datin Dr. Suzana spoke about the efforts and methods UiTM uses to achieve quality education based on three elements: the quality of lecturers, the quality of teaching and learning processes and the quality of graduates. This quality of education is measured against UiTM's key initiatives so that lecturers can do their best to serve both internal and external stakeholders. Each stakeholder has different expectations of UiTM, such as whether the graduates it produces are well-rounded, meet industry requirements and conform to expected standards and norms.
Prof. Datin Dr. Suzana and I also talked about the role of the Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL), whose mission is to drive innovation in teaching and learning, keeping pace with the latest technological developments. The CIDL provides a comprehensive learning platform for students and adults through 18 types of services that utilise creative and innovative technologies. UiTM has also established a collaborative teaching framework where lecturers can introduce team-teaching methods with experts within and across disciplines, such as industry professionals, to provide quality education to Keluarga UiTM.
In summary, Prof. Datin Dr. Suzana believes that the current thinking and willingness of academics and students to move away from traditional approaches to teaching and learning should be re-evaluated. In order to achieve the SDG4 goals, UiTM has introduced new perspectives and methods using the 5C strategy: Champion, Communication, Collaboration & Collective Effort, Culture, and Credit & Compensation. Efforts have also been made to implement collaborative teaching, experiential learning and a competency-based education landscape (HETVEC, EXCEL) while promoting ADAB, Amanah, ESI and i- DART.
In this episode, YDP MPP Mr Rasydan discussed the impact of quality education on students and the teaching methods UiTM uses in preparing graduates to meet industry demands. He explained that educational requirements change over time and that the university's curriculum must go through a process of “reset, recover and restore” to ensure that everyone receives a quality education. Students also need to be aware of what is required and what they need to do to make the most of the opportunities offered by the university.
Mr Rasydan and I also talked about extracurricular learning, which has a big impact on students. He said that the method of learning outside the classroom through collaborative activities sets UiTM students apart from other universities. For example, UiTM was the first university to volunteer during the flood disaster not long ago. Students need to be more ambitious and open by making good use of the environment and community. This in turn will bring the community, business and industry closer to the students and take the student experience to a whole new level.
Summing up, Mr Rasydan said that in order to maintain quality education, it is necessary to determine whether the university's curriculum is still relevant, and furthermore, to provide facilities and services that meet the requirements of IR 4.0 and Education 5.0.
I also hope that Keluarga UiTM, especially all UiTM lecturers and students, have a better understanding of the quality of education that UiTM provides and the methods used to ensure that these efforts remain relevant to the needs of industry and employers.
I would like to thank and congratulate the entire Coffee Talk With Rozie team, the technical team, the University of Creative Arts Studies lecturers and of course the guest panellists, Prof. Datin Dr. Suzana Sulaiman and Encik Rasydan Mohd Hassan.
See you at CTWR Episode 7!
Date
Collection
Citation
“BULLETIN : CTWR 2022 EPISOD 6,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/281.