Majlis Makan Malam Undangan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM)
Title
Majlis Makan Malam Undangan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM)
Description

Malam semalam, menghadiri Majlis Makan Malam Undangan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM) dan membuat pertukaran dokumen serta menjalinkan kerjasama bersama MDDM.
MDDM juga menyumbang dana sebanyak RM50K kepada Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM. Terima kasih, Datuk Awalan Abdul Aziz, Presiden MDDM.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir telah berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut.
Tahniah juga kepada Prof. Madya Dr. Alwi Mohd Yunus kerana direzekikan cabutan bertuah Kerusi Urut tajaan Gintel bernilai RM32,988 , Alhamdulillah.
Sempat beramah mesra bersama kenalan yang turut hadir dalam majlis tersebut, antaranya Dato' Sri Irmohizam Ibrahim dan Afizulazha Abdullah dari CelcomDigi.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/17qj6qy94C/
Collection
Citation
“Majlis Makan Malam Undangan Majlis Datuk Dato' Malaysia (MDDM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed February 22, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/873.