Prayers For Baling

Title

Prayers For Baling

Description

On 4 July, we learned about the flash floods in Lembangan Sungai Kupang and Sungai Tiak in Baling, Kedah. According to the YAB Prime Minister's statement on 5 July, this disaster claimed three lives (Al-Fatihah and deepest condolences to the victims) and affected a total of 1,490 people, including 112 heads of households (KIR). Three temporary evacuation centres (PPS) were opened, namely PPS SMK Jerai, PPS Surau An-Nur, and PPS SMK Agama Al-Khiriah.
We knew that the victims of the Baling flash flood needed immediate help and support. Therefore, UiTM Kedah Branch came as early as 5 July to mobilise its volunteers. Then on 7 July, we dispatched an additional team of volunteers from four campuses, namely Shah Alam, Penang, Kedah, and Perlis, for two days as part of the KPT Prihatin - UiTM Post-Flood Relief Mission. We hope to help the residents affected by the flash flood through the clean-up work involving UiTM staff and volunteers.
This flood tragedy showed me the real situation and the challenges faced by the victims in Baling. Life is full of ups and downs, and our hardships can sometimes feel endless. There are several passages in the Qur'an where Allah talks about the different types of trial we have to go through, but He also gives us a package of help to get through these tough times. Nothing happens except by the will of Allah. Despite all they have been through, I can see that the people of Baling can accept these trials and difficulties with a "life goes on" spirit. As a lesson from this, I would like the UiTM Council of Professors to be aware of its role beyond the boundaries of academia and research. We should be prepared at all levels for the challenges we might face because we are responsible to the religion, race, and nation.
On 11 July, we (UniMAP Deputy Vice-Chancellor, UUM Deputy Vice-Chancellor, UiTM Kedah Branch Rector, and I), together with YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Minister of Higher Education, met the students and residents of Baling affected by the floods. During the visit, the YB Minister of Higher Education donated cash and daily necessities to the victims. The UiTM distributed around 200 bags of rice (10 kg each) and a total of 200 food baskets during this mission.
Dear people of Baling, Kedah, please accept our deepest sympathy and condolences. Our thoughts are with you and your family during this difficult time. May you find strength and comfort in the face of these challenges. With this in mind, we send you this prayer to you, "O earth!, swallow up your water; and O sky! withhold your rain." (Surah Hud, verse 44).
DOA BUAT BALING
4 Julai yang lalu, kita telah mendapat khabar berita duka mengenai banjir kilat di Lembangan Sungai Kupang dan Sungai Tiak, Baling, Kedah. Berdasarkan kenyataan YAB Perdana Menteri bertarikh 5 Julai, bencana ini telah meragut tiga nyawa (Al-Fatihah & Takziah buat mangsa) dan menjejaskan seramai 1,490 orang mangsa yang melibatkan 112 Ketua Isi Rumah (KIR). Tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu PPS SMK Jerai, PPS Surau An Nur dan PPS SMK Agama Al Khiriah.
Menyedari situasi kecemasan yang memerlukan tindakan bantuan segera kepada mangsa banjir Baling. Pada 5 Julai, UiTM Cawangan Kedah tiba awal bagi mengerakkan tenaga sukarelawannya. Kemudian pada 7 Julai kami susuli dengan, skuad sukarelawan tambahan yang bergerak secara serentak dari empat kampus iaitu Shah Alam, Pulau Pinang, Kedah, dan Perlis menerusi Misi Bantuan Pasca Banjir KPT Prihatin – UiTM untuk selama dua hari. Dengan aktiviti pembersihan yang melibatkan aset dan sukarelawan dari UiTM, diharapkan ia dapat membantu penduduk sekitar yang terkesan dengan banjir kilat tersebut.
Seterusnya pada 11 Julai, kami (saya, Timbalan Naib Canselor UniMAP, Timbalan Naib Canselor UUM dan Rektor UiTM Cawangan Kedah) bersama dengan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, menyantuni para pelajar dan penduduk yang terkesan akibat banjir yang melanda di Baling. Semasa lawatan, mangsa yang terlibat menerima sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian dari YB Menteri Pengajian Tinggi. Sementara itu, dalam misi ini UiTM menyumbangkan lebih dari 200 pek beras (10kg setiap satu) dan 200 bakul makanan.
Seharian di sini memberikan saya gambaran sebenar situasi dan kesusahan yang dialami oleh mangsa di Baling, sambil mengambil ibrah atas bencana yang terjadi. Tiada apa yang akan terjadi melainkan kehendak Allah. Di sebalik semua yang telah mereka lalui, saya dapat melihat bahawa penduduk Baling boleh menerima ini sebagai ujian dan dugaan yang mesti mereka tempuhi dengan menanamkan semangat “hidup ini mesti diteruskan”. Iktibar dari itu, saya mahukan Majlis Profesor UiTM sedar akan peranan anda yang melangkaui sempadan akademik dan penyelidikan. Kita harus bersedia menghadapi cabaran yang perlu ditangani di apa jua peringkat, kerana kita bertanggungjawab kepada agama, bangsa, dan negara.
Keluarga UiTM ingin menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Baling, Kedah. Semoga mereka diberikan kekuatan dan dipermudah urusan dalam menghadapi dugaan ini. Doa ini kami kirimkan buat mereka di Baling, "Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." (Surah Hud ayat 44).

Files

292310499_179180597839104_7983774284052553147_n.jpg
292704362_179180564505774_98447330385796006_n.jpg
292706880_179180371172460_261704900610844780_n.jpg
292784131_179180507839113_3220989514944066726_n.jpg
292791088_179180311172466_852692011787680011_n.jpg
293049886_179180421172455_9072517382945212700_n.jpg
293297903_179180257839138_3474595665091660676_n.jpg
293434086_179180451172452_963829066909287392_n.jpg
293466740_179180484505782_3674396393643831139_n.jpg
293778780_179180534505777_2089815344827978294_n.jpg

Collection

Tags

Citation

“Prayers For Baling,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 17, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/286.

Output Formats

Geolocation