PM AND MINISTER OF MoHE VISITED UiTM BOOTH AT 100-DAY ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM)

withpm.jpg
keluarga malaysia.jpg

Title

PM AND MINISTER OF MoHE VISITED UiTM BOOTH AT 100-DAY ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM)
PM DAN YBM PENGAJIAN TINGGI LAWAT RERUAI UiTM DI 100 HARI ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM)

Subject

exhibition

Description

Thank you YAB Prime Minister of Malaysia, Dato 'Sri Ismail Sabri Yaakob and YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Minister of Higher Education for visiting UiTM booth in conjunction with Jom Masuk U at the KPT exhibition - 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia programme.
I had the opportunity to introduce the Washable Batik Face Mask produced by UiTM alumni and the community through the Social Entrepreneurship project which empowered these two groups in diversifying their sources of income during the pandemic. Through the Knowledge Transfer Programme, Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM collaborated with the Selangor Single Mothers Group (coordinated by the Women’s Development Office of Selangor) and Alumni to produce a "Washable Batik Face Mask" featuring Malaysian batik heritage designs.
At the same time, UiTM also donated three laptops to new students of Foundation in Law who were selected based on their academic criteria and family economic background (B40). They also received RM700 cash assistance (from Zakat - Centre of Foundation Studies) and RM200 (from MoHE) worth of data plan each. Hopefully, the help received by Farah Syuhada Zahari, Intan Shaharah Shaharuddin, and Aiman Syafiq Ab Rashid can inspire them to excel in their studies.
Come to the KPT exhibition booth in conjunction with the 100-Day Aspirasi Keluarga Malaysia programme on 9-12 December 2021 (Thursday - Sunday) at Level 1 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), from 9 am to 10 pm. Various information and services are available during the event, offered by departments and agencies under the Ministry of Higher Education
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Ismail Sabri Yaakob) dan YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Dato' Dr. Noraini Ahmad), Menteri Pengajian Tinggi kerana sudi melawat ke reruai UiTM sempena Jom Masuk U di pameran KPT - Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Saya berkesempatan memperkenalkan “Washable Batik Face Mask” yang dihasilkan oleh alumni UiTM dan komuniti menerusi projek Keusahawanan Sosial yang memperkasa dua kumpulan ini dalam mempelbagaikan sumber pendapatan mereka semasa pandemik. Menerusi Program Pemindahan Ilmu, Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), UiTM bekerjasama dengan Kumpulan Ibu Tunggal Selangor ( yang dikoordinasikan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Selangor) dan Alumni bagi menghasilkan “Washable Batik Face Mask” yang menampilkan rekaan warisan batik Malaysia.
Pada masa yang sama, UiTM turut menyumbangkan tiga laptop kepada pelajar baharu asasi undang- undang yang dipilih berdasarkan kriteria akademik dan latar belakang ekonomi keluarga mereka (B40). Mereka turut menerima bantuan tunai RM700 (daripada Zakat- Pusat Asasi) dan bantuan pelan data data bernilai RM200 ( daripada KPT) setiap seorang. Semoga bantuan yang diterima oleh Farah Syuhada Zahari, Intan Shaharah Shaharuddin, dan Aiman Syafiq Ab Rashid dapat memberi semangat kepada mereka untuk cemerlang dalam pelajaran.
Jom ke reruai pameran KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia pada 9-12 Disember 2021 (Khamis - Ahad) bertempat di Aras 1 Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pukul 9 pagi hingga 10 malam. Pelbagai informasi dan perkhidmatan ditawarkan oleh jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi

Source


Collection

Tags

Citation

“PM AND MINISTER OF MoHE VISITED UiTM BOOTH AT 100-DAY ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/3.

Output Formats