Sustainable Community Ferti-Chillipreneur (FCPKL) By UiTM Sabah Branch Will Produce Modern Agricultural Entrepreneurs
Title
Description
On September 6, 2022, YAB Chief Minister of Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, launched and handed over the Sustainable Community Ferti-Chillipreneur (FCPKL) participants' offer letter at the UiTM Sabah Branch, Tawau campus.
A total of 120 participants from the B40 group and Sabah's East Coast graduates are expected to benefit from the Knowledge Transfer Programme (KTP). This programme will train them to become modern agricultural entrepreneurs within two years. Participants will be exposed to various courses, including digital marketing, company account management, and personal finance, to equip them to be competitive and agile entrepreneurs.
The Knowledge Transfer Programme (KTP) will help create two hundred job opportunities to drive the economy through education and modern agriculture training involving the targeted group. As a result, UiTM Sabah Branch acts as a pioneer and leader in offering a new programme known as Diploma in Agricultural Entrepreneurship. To begin with, 20 students will start their academic sessions very soon. UiTM has set graduation requirements where students of this programme must open and register their businesses and graduate as entrepreneurs.
Thank you to the Bumiputera Agenda Steering Unit (TERAJU) and the Sabah State Government for supporting Universiti Teknologi MARA's initiative, particularly the Sabah Branch campus. ~RT
FERTI-CHILLIPRENEUR KOMUNITI LESTARI (FCPKL) UiTM CAWANGAN SABAH BAKAL LAHIRKAN USAHAWAN TANI MODEN.
Pelancaran dan penyerahan surat tawaran peserta Ferti-Chillipreneur Komuniti Lestari (FCPKL) oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah diadakan pada 06 September 2022 bertempat di UiTM Cawangan Sabah, kampus Tawau.
Dengan peruntukan geran RM7.5 juta di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), UiTM Cawangan Sabah mengusahakan projek penanaman cili kaedah fertigasi di tanah seluas 100 ekar di dalam kampus dengan menggunakan teknologi pertanian pintar.
Seramai 120 peserta dari golongan B40 dan graduan sekitar Pantai Timur Sabah dijangkakan akan menerima manfaat dari program pemindahan ilmu (KTP) yang akan melatih mereka selama dua tahun untuk menjadi usahawan tani moden. Peserta akan diberikan pelbagai kursus seperti pemasaran digital, pengurusan akaun perniagaan serta kewangan peribadi bagi mempersiapkan mereka sebaga usahawan yang kompetitif dan tangkas.
200 peluang pekerjaan bakal diwujudkan yang akan memperkasa ekonomi melalui pendidikan dan latihan pertanian moden kepada kumpulan sasaran. Untuk itu, UiTM Cawangan Sabah bertindak sebagai perintis dan peneraju dalam memperkenalkan program baharu iaitu Diploma Keusahawanan Tani.
Sebagai permulaan, 20 orang pelajar akan memulakan pengajian mereka tidak lama lagi. UiTM telah meletakkan syarat bergraduasi di mana graduan program ini mestilah membuka dan mendaftarkan perniagaan masing-masing serta tamat sebagai usahawan.
Terima kasih diucapkan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Kerajaan Negeri Sabah atas sokongan yang diberikan terhadap insiatif dari Universiti Teknologi MARA khususnya kampus Cawangan Sabah. ~RT
Source
Date
Collection
Citation
“Sustainable Community Ferti-Chillipreneur (FCPKL) By UiTM Sabah Branch Will Produce Modern Agricultural Entrepreneurs,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/324.