365 Days Keluarga UiTM With Rozie
Title
Description
Today marks one year since I became Vice-Chancellor of UiTM. Yesterday, a simple ceremony was held in a hybrid mode that allowed me to speak to the entire Keluarga UiTM.
In my speech, I emphasised that UiTM is an agent of change for the Malay and Bumiputera communities. Therefore, UiTM must remain relevant to the development of the nation's civilisation through its important role in building the identity and character of the students who are the future of the nation and who are committed to the development, sustenance, and prosperity of the country.
The 3R (Reset, Recover, Restore) strategy, which I introduced during my inaugural speech, is designed to ensure that the UiTM's 2025 Strategic Plan achieves its objectives to address global and national uncertainties. In this way, UiTM can achieve the aspirations of GRU2025 and strengthen its reputation as a renowned university that is among the best in the world. However, the quality, dignity and image of the university must be maintained. Therefore, we need to align our plans and actions with the direction of the MoHE to advance the national higher education agenda.
My dearest Keluarga UiTM, in four months we will enter the year 2023. I call it the "UiTM Next Phase". The four key challenges that we need to properly address in the "UiTM Next Phase" are Talent Management, PESTEL Management, Performance Management and Asset & Property Management.
I want UiTM to produce a "SUPERHUMAN". Therefore, I hope that students, academic staff, researchers, administrators, and stakeholders understand our goals and the path towards GRU2025.
Understand the key points of my speech by opening your mind and engaging your soul. Therefore, I invite you to watch the recorded session again at https://www.youtube.com/watch?v=xbmPK5gvZJQ.
For the past 365 days, I have prayed for everyone. With Allah's permission, I will keep up this good practise. Indeed, I am not able to lead, manage and control this university without the guidance and help from Allah SWT. I believe in the power of Dua... InsyaAllah (God willing), may Allah bless our endeavours.
Thank you all and I am confident that through the spirit of Keluarga UiTM we can make this vision a success. ~RT
365 HARI KELUARGA UiTM BERSAMA ROZIE
Hari ini genap setahun saya menjadi Naib Canselor UiTM, semalam telah diadakan majlis ringkas secara fizikal dan dalam talian untuk saya berkomunikasi dengan seluruh Keluarga UiTM.
Dalam ucapan tersebut, saya menekankan bahawa UiTM adalah ejen perubahan kepada masyarakat Melayu dan Bumiputera, justeru UiTM mesti relevan dengan membangunkan peradaban bangsa menerusi peranan pentingnya dalam mencorak jati diri dan karekter generasi mahasiswa pewaris bangsa yang tangkas dan budiman dalam membangun, melestari dan mensejahterakan negara.
Strategi 3R (Reset, Recover, Restore) yang saya perkenalkan semasa ucapan sulung adalah untuk memastikan pelan strategik UiTM 2025 mencapai matlamatmnya dalam kita mendepani dan menguruskan ketidaktentuan global dan dalam negara. Ini adalah suapaya UiTM dapat mencapai aspirasi GRU2025 sekali gus meningkatkan reputasi UiTM sebagai universiti yang hebat di kalangan universiti-universiti terbaik dunia. Namun kualiti, maruah dan imej universiti mesti kita pelihara. Dalam pada itu, kita mesti mensejajarkan rencana dan tindakan yang seiring dengan hala tuju KPT dalam memacu agenda pendidikan tinggi negara.
Keluarga UiTM yang saya kasihi, dalam tempoh empat bulan dari sekarang, kita akan memasuki tahun 2023. Saya namakannya sebagai “UiTM Next Phase”. Empat cabaran utama yang perlu kita tangani dengan bijak dalam “UiTM Next Phase” adalah dalam hal pengurusan bakat, pengurusan PESTEL, pengurusan pencapaian dan pengurusan aset & harta.
Saya mahukan UiTM melahirkan masyarakat yang “SUPER”. Oleh demikian, adalah menjadi harapan saya agar mahasiswa, staf akademik, para penyelidik, staf pentadbiran dan pihak berkepentingan memahami matlamat dan destinasi kita untuk mencapai GRU2025.
Bukalah minda dan dan sematkan di jiwa mesej-mesej penting yang disampaikan dalam ucapan saya. Hayati rakaman ucapan tersebut di https://www.youtube.com/watch?v=xbmPK5gvZJQ
365 hari saya menitipkan doa kepada seluruh warga. Dengan izin Allah, saya meneruskan amalan baik ini. Sesungguhnya, saya tidak mampu mengurus, mentadbir dan mengawal universiti ini tanpa panduan dan bantuan dari Allah S.W.T. Saya percaya pada kekuatan berdoa, InsyaAllah… Allah berkati usaha kita.
Terima kasih kepada semua, saya yakin kita mampu menggerakkannya dengan sokongan dan usaha kita bersama sebagai Keluarga UiTM
Date
Collection
Citation
“365 Days Keluarga UiTM With Rozie,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/321.