The UiTM Sarawak Branch X Erasmus + Learning & Resource Centre Will Boost Our Shared Vision To Achieve GRU2025

308794649_193318033092027_4712624472001800772_n.jpg
309509376_193317896425374_6521527463724949773_n.jpg
309578410_193317936425370_2247795758400081427_n.jpg
309530268_193317886425375_193175932360007791_n.jpg

Title

The UiTM Sarawak Branch X Erasmus + Learning & Resource Centre Will Boost Our Shared Vision To Achieve GRU2025

Description

I officially opened the UiTM Sarawak Branch ERASMUS+ Resource & Learning Centre on 26 September 2022. The event was held following the adjournment of the UiTM 94th Convocation Ceremony, Session 1. The centre was funded by the ERASMUS + Capacity Building in Higher Education (CBHE). It is part of a European Union (EU) initiative that funds global cooperation projects based on multilateral partnerships between active higher education institutions.
For the record, UiTM Sarawak Branch has already successfully secured 6 ERASMUS+ projects with involvement of 80 institutions From EU and Asian countries through enabling Master's degree programmes, professional courses, and research projects. In this regard, I would like to congratulate Associate Professor Dr Margaret Chan Kit Yok who has been instrumental in the success of this exemplary project. I have been told that these initiatives aim to improve teaching, assessment mechanisms for university staff and students, quality assurance, management, governance, inclusion, innovation, knowledge base, digital and entrepreneurial capacities, and linkages with internalisation.
I am indeed very pleased with this success, especially because the efforts will certainly benefit the entire Keluarga UiTM and society as a whole. This will ultimately strengthen our shared vision of achieving GRU2025. ~RT
PUSAT SUMBER & PEMBELAJARAN ERASMUS+ X UiTM CAWANGAN SARAWAK AKAN MEMACU USAHA KITA KE ARAH GRU2025.
Saya telah melancarkan Pusat Sumber & Pembelajaran ERASMUS+ selepas selesainya sidang 1, Istiadat Konvokesyen ke-94 yang berlangsung di UiTM Cawangan Sarawak pada 26 September 2022. Pusat ini mendapat pembiayaan dari ERASMUS+ Capacity Building in Higher Education (CBHE). Ia adalah sebahagian daripada program Kesatuan Eropah (EU) yang menyokong projek kolaborasi antarabangsa berdasarkan perkongsian pelbagai hala antara organisasi aktif dalam pendidikan tinggi.
Untuk rekod, UiTM Cawangan Sarawak telah pun berjaya memperoleh 6 projek ERASMUS+ dengan penglibatan 80 institusi dari negara EU dan Asia dengan memperkasa program ijazah Sarjana, kursus profesional dan projek penyelidikan. Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Profesor Madya Dr Margaret Chan Kit Yok yang telah memainkan peranan penting dalam menjayakan projek yang layak dijadikan contoh ini. Saya telah diberitahu bahawa inisiatif ini bertujuan untuk menambah baik pengajaran, mekanisme penilaian untuk kakitangan dan pelajar universiti, jaminan kualiti, pengurusan, tadbir urus, rangkuman, inovasi, kapasiti yang berasaskan pengetahuan, digital dan keusahawanan, dan jaringan internalisasi.
Sesungguhnya, pencapaian ini amatlah menggembirakan saya, lebih-lebih lagi usaha tersebut pastinya akan memanfaatkan seluruh Keluarga UiTM bahkan masyarakat secara amnya. Sekali gus, memacu aspirasi kita untuk mencapai GRU2025. ~RT

Source


Date

Collection

Citation

“The UiTM Sarawak Branch X Erasmus + Learning & Resource Centre Will Boost Our Shared Vision To Achieve GRU2025,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 29, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/333.

Output Formats

Geolocation