Terokai Teknologi Revolusi Industri 4.O Di Universiti Teknologi Mara

Open-Day-Kolej-iPrime-4-768x511.jpg
Open-Day-Kolej-iPrime-3-768x511.jpg
Open-Day-Kolej-iPrime-2-768x511.jpg

Title

Terokai Teknologi Revolusi Industri 4.O Di Universiti Teknologi Mara

Description

SHAH ALAM, 4 NOVEMBER 2022 – Satu acara Open Day and Talent Hunt @ College of Computing and Informatics 2022 telah berlangsung pada hari ini. Perasmian acara ini telah disempurnakan oleh Profesor Datuk Ts Dr Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Kompleks Al-Khawarizmi, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media.

Para pengunjung acara ini dapat menyaksikan sinergi 4 bidang utama kolej iaitu Sains Pengkomputeran, Sains Maklumat, Sains Matematik serta Komunikasi dan Media menerusi pelbagai aktiviti yang akan dijalankan. Pengunjung akan didedahkan dengan bidang-bidang terkehadapan dalam pasaran seperti Keselamatan Siber, Analitik Data Raya, Perisikan Siber, Kepintaran Buatan, Teknologi Rangkaian Pengkomputeran Awan, Permodelan Matematik, Sains Aktuari, Sains Maklumat dan Komunikasi dan Media.

Date

Collection

Citation

“Terokai Teknologi Revolusi Industri 4.O Di Universiti Teknologi Mara,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 25, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/365.

Output Formats

Geolocation