Fakulti Pendidikan, UiTM Menangani Keperluan Kepakaran ICT Graduan Bersama Cloud Connect Sdn Bhd Melalui Kerjasama Strategik

Title

Fakulti Pendidikan, UiTM Menangani Keperluan Kepakaran ICT Graduan Bersama Cloud Connect Sdn Bhd Melalui Kerjasama Strategik

Description

SHAH ALAM, 3 NOVEMBER 2022 – Satu kerjasama strategik pertama antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Fakulti Pendidikan bersama Cloud Connect Sdn. Bhd. telah dicetuskan melalui satu sesi menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini. Pemeteraian Memorandum telah ditandatangani oleh Profesor Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM bersama En. Hanafiah Hassan, Pengarah Urusan Cloud Connect Sdn. Bhd., dan disaksikan oleh Prof. Madya Ts. Dr. Sharifah Ruzaina Syed Aris, Dekan Fakulti Pendidikan UiTM bersama En. Rosli Rahim, Pengarah Cloud Connect Sdn. Bhd.

Projek “Menangani Keperluan Kepakaran Modal Insan Selaras Dengan Kemajuan Teknologi ICT Moden” merupakan inisiatif di antara pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Pendidikan dan Cloud Connect Sdn. Bhd., syarikat Panel yang dilantik oleh Kerajaan Malaysia untuk MyDigital Manage Service Provider. Projek ini merupakan satu projek Latihan peningkatan kemahiran ICT yang berdasarkan keperluan pengetahuan teknologi ICT semasa di peringkat nasional dan antarabangsa. Pelaksanaan projek ini secara amnya bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kemahiran ICT pada waktu semasa. Secara khusus, program ini bertujuan meningkatkan kemahiran ICT di kalangan graduan agar mereka mempunyai kemahiran untuk menyertai tenaga pekerja.

Date

Files

UiTM-FP-x-Cloud-1-768x512.jpg
UiTM-FP-x-Cloud-2-768x512.jpg

Collection

Tags

Citation

“Fakulti Pendidikan, UiTM Menangani Keperluan Kepakaran ICT Graduan Bersama Cloud Connect Sdn Bhd Melalui Kerjasama Strategik,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/366.

Output Formats

Geolocation