Bulletin: CTWR 2022 Episod 11Bersama Prof. Ts Dr Wardah Tahir Dan Muhammad Haqim Zulkifli
Title
Bulletin: CTWR 2022 Episod 11
Bersama Prof. Ts Dr Wardah Tahir Dan Muhammad Haqim Zulkifli
Bersama Prof. Ts Dr Wardah Tahir Dan Muhammad Haqim Zulkifli
Description
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Sekali lagi CTWR 2022 Episod 11 telah mencapai keseimbangan antara kandungan yang santai tapi penuh dengan pelbagai maklumat.
Episod kali ini berlangsung dengan jayanya pada hari Khamis, 17 November 2022, secara langsung menerusi saluran YouTube UiTM, bertempat di Studio Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Media, UiTM Shah Alam.
Pada kali ini, saya telah menjemput dua tamu panelis untuk membincangkan mengenai “Global Goals: UiTM at the Forefront in Combating Climate Change and Its Impacts”, iaitu Prof. Ts Dr Wardah Tahir dan Muhammad Haqim Zulkifli.
CTWR 2022 Episod 11 turut diserikan oleh persembahan muzik daripada pelajar Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM.
Dalam episod kali ini, Prof. Ts Dr Wardah Tahir memulakan perkongsiannya dengan pengenalan kepada maksud perubahan iklim. Perubahan iklim merujuk kepada perubahan jangka panjang dalam suhu dan corak cuaca. Perubahan ini boleh disebabkan oleh proses semula jadi, seperti melalui variasi dalam kitaran matahari. Tetapi sejak revolusi industri tahun 1800-an, aktiviti manusia dalam sektor industri, tenaga, pengangkutan, bangunan, pertanian dan penggunaan tanah telah menjadi penyebab utama perubahan iklim, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam pelepasan gas rumah hijau seperti karbon dan metana yang memerangkap haba daripada matahari dan meningkatkan suhu bumi. Pelepasan gas rumah hijau ini terus meningkat dan akibatnya, bumi kini lebih panas kira-kira 1.1°C berbanding pada akhir 1800-an dengan dekad yang lalu (2011-2020) adalah yang paling panas dalam rekod. Kesan perubahan iklim kini termasuk antara lain, banjir diluar jangkaan, kemarau yang teruk, kekurangan air, kebakaran teruk, peningkatan paras laut, pencairan ais kutub, ribut bencana dan kemerosotan biodiversiti.
Beliau berkata UiTM kini berada di landasan yang sangat baik dalam usaha mendepani perubahan iklim dan kesannya (SDG 11). Salah satu indikator kejayaan UiTM ialah berada di kedudukan ke 4 di Malaysia bagi 2023 QS World University Rankings on Sustainability. UiTM juga telah dinamakan sebagai salah satu daripada 35 institusi rakan kongsi yang disenaraikan dalam 'Lancet Countdown: Tracking Progress on Health and Climate Change 2019', menyertai barisan institusi akademik terkemuka seperti University College London dan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Antara insiatif UiTM ialah penubuhan UiTM Green Centre dengan pelbagai aktiviti peningkatan kelestarian kampus UiTM seluruh negara termasuk kampus hijau, penjimatan tenaga dan pengurangan karbon. Selain dari itu UiTM berbangga kerana mempunyai Institute of Biodiversity and Sustainable Development (IBSD), Solar Research Institute (SRI) dan lebih dari 10 kumpulan penyelidikan (RG dan RIG) yang giat menjalankan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan perundingan dalam aspek berkaitan pengurangan karbon dan perubahan iklim dengan kolaborasi bersama industri, majlis tempatan, jabatan kerajaan dan institusi dalam dan luar negara. Selain dari aktiviti penyelidikan dan pembangunan, UiTM juga telah menyediakan kurikulum yang menyokong SDG11 dengan pemetaan lebih dari 50 subjek kursus yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan dan kecaknaan generasi kini berkenaan kelestarian alam sekitar dan perubahan iklim.
UiTM juga terkehadapan dalam usaha menangani impak perubahan iklim seperti bencana banjir. Flood Control Research Group (FCRG) UiTM telah banyak mengadakan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan perundingan berkaitan banjir. Hasil kajian berkenaan punca banjir, permodelan dan simulasi, ramalan dan amaran, kawalan banjir dan keselamatan telah dikongsikan di suratkhabar dan media, konferensi antarabangsa dan penerbitan buku, bengkel dan perbincangan bersama majlis tempatan, industri dan jabatan kerajaan yang berkaitan. Antara cadangan kawalan banjir dalam konteks di Malaysia adalah keperluan kolam takungan dan saliran yang mencukupi dan terselenggara terutamanya sekiranya ada pembukaan hutan dan kawasan baru untuk pembangunan. Mengikut kajian, pembukaan tanah boleh mengakibatkan kadar aliran air hujan yang tidak meresap bertambah lebih dari 100% dan kelajuan bertambah dua kali ganda yang menyebabkan peningkatan hakisan dan kelodak yang menyempitkan saliran dan seterusnya menyebabkan banjir kilat. Dengan peningkatan hujan diluar jangkaan akibat perubahan iklim, kejadian banjir luar jangkaan akan lebih kerap berlaku lebih-lebih lagi sekiranya langkah-langkah pencegahan diabaikan.
Pada masa ini, kumpulan penyelidik UiTM juga terlibat dengan pembangunan National Flood Forecasting and Warning System (NaFFWS) dibawah Jabatan Pengairan Saliran, Kementerian Alam Sekitar dan Air bersama ZHL Consultant Sdn Bhd dengan kerjasama pihak Jabatan Meterologi Malaysia. Pasukan UiTM telah dilantik sebagai subject matter expert (SME) dalam pembangunan data radar sebagai data alternatif untuk input hujan kepada permodelan banjir bagi keseluruhan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain dari itu, penyelidik UiTM juga terlibat dalam kajian permodelan banjir melalui geran Asia Pasific Network for Global Change Research bersama Universiti Tenaga Nasional, Thammasat University Thailand, Deakin University Australia, Drainage and Irrigation Department, Malaysia & Atlas Informatics bagi peningkatan resiliensi komuniti di Asia Tenggara. Impak perubahan iklim dan peningkatan kejadian banjir memerlukan kesiapsiagaan dari komuniti, penguatkuasa dan semua pihak berkaitan.
Secara keseluruhan, UiTM telah berada di global forefronts dalam memerangi perubahan iklim dan impaknya, hasil gandingan semua warga UiTM termasuklah para pelajar sebagai generasi pemimpin masa hadapan. Usaha dari pelbagai peringkat dari semudah penjimatan tenaga, pengurusan sampah plastik dan 3R (reduce, reuse, recycle) boleh membantu mengurangkan perubahan iklim. Bumi ini adalah amanah untuk kita memeliharanya. Semua pihak perlu bersinergi berganding bahu dalam mendepani perubahan iklim dan impaknya kepada kelestarian alam sekitar.
Muhammad Haqim Zulkifli berkata, penebangan hutan boleh menyebabkan banyak kesan yang ketara terhadap alam sekitar seperti penggurunan, hakisan tanah, banjir, peningkatan gas rumah hijau di atmosfera, serta pelbagai masalah untuk habitat-habitat. Cabaran perubahan iklim bukanlah isu satu orang tetapi ia memberi kesan kepada setiap seorang daripada kita dan disebabkan itu kita sebagai individu perlu mengambil langkah dan tindakan pencegahan untuk mengurangkan kesan perubahan iklim.
Salah satu langkah pencegahan yang boleh diambil adalah dengan menggunakan kaedah 3R iaitu mengurangkan, menggunakan semula dan mengitar semula. Inisiatif 3R wajar diperkasakan di peringkat global dan tempatan. Langkah pencegahan mudah yang boleh diambil adalah dengan menanam pokok. Ini merupakan langkah yang signifikan kepada kecintaan alam dan menambahkan lagi kehijauan di dalam kampus. Perubahan yang konsisten perlu dilakukan tidak kira betapa kecil tindakan tersebut asalkan ia membawa kepada perubahan yang positif. Seterusnya, untuk mengekalkan alam sekitar, individu perlu memahami sepenuhnya sains di sebalik isu iklim. Akhir sekali, formula untuk bergerak ke hadapan kepada kehidupan yang lebih mampan adalah dengan menggabungkan tindakan dan aspek kelestarian kehidupan. Kita juga perlu memperkasakan golongan belia dalam sebahagian daripada proses membuat keputusan.
Terima kasih diucapkan buat kedua-dua tamu panelis atas perkongsian yang sangat menarik dan bermanfaat.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua pasukan Coffee Talk With Rozie, pasukan teknikal, pensyarah dan pelajar dari Kolej Pengajian Seni Kreatif dan sudah tentunya tamu panelis pada hari ini iaitu Prof. Ts Dr Wardah Tahir dan Muhammad Haqim Zulkifli.
Jumpa lagi di CTWR Episod 12!
COFFEE TALK WITH ROZIE 2022 EPISOD 11 WITH PROF. TS DR WARDAH TAHIR AND MUHAMMAD HAQIM ZULKIFLI
Kandungan Segar, Diskusi Inklusif! Once again CTWR 2022 Episode 11, has struck a balance between relaxed but informative content.
This episode was successfully broadcast live via UiTM's YouTube channel on Thursday, 17th of November 2022 at Studio Pusat Pengajian Komunikasi dan Media, Kolej Pengkomputeran, Informatik Dan Media, UiTM Shah Alam.
This time, I invited two panellists to talk about "Global Goals: UiTM at the Forefront in Combating Climate Change and Its Impacts", namely Prof. Ts Dr Wardah Tahir and Muhammad Haqim Zulkifli.
CTWR 2022 Episode 11 also featured a musical performance by a student from the Conservatory of Music, College of Creative Arts, UiTM.
In this episode, Prof Ts Dr Wardah Tahir began with an introduction to climate change. Climate change refers to long-term shifts in temperatures and weather patterns. These changes could be caused by natural processes, such as variations in the solar cycle. However, since the Industrial Revolution in the 1800s, human activities have been the main cause of climate change, mainly through the increase in greenhouse gas emissions such as carbon and methane, which trap the sun's heat and increase the earth's temperature. These emissions continue to rise and as a result, the Earth is now about 1.1°C warmer than it was in the late 1800s and the last decade (2011-2020) was the warmest on record. The impacts of climate change include, among others,unprecedented flooding, intense droughts, water scarcity, severe fires, rising sea levels, melting polar ice, catastrophic storms and a decline in biodiversity.
UiTM is now well on track in addressing climate change and its impacts (SDG 11). One of the indicators of UiTM's success is its 4th place ranking in Malaysia in the QS World University Rankings on Sustainability 2023. The university was also named as one of the 35 partner institutions in the 'Lancet Countdown: Tracking Progress on Health and Climate Change 2019', joining the ranks of leading academic institutions such as University College London and United Nations agencies. UiTM's initiatives include the establishment of the UiTM Green Centre with activities to support the sustainability agenda of the university, the community and the world, including campus greening, energy conservation and carbon reduction. UiTM prides itself in the establishment of Institute of Biodiversity and Sustainable Development (IBSD), the Solar Research Institute (SRI) and more than 10 research groups (RG and RIG) that actively conduct research, development and consultancy activities in areas related to carbon reduction and climate change in collaboration with industry, local authorities, government agencies and national and international institutions. In addition to research and development activities, UiTM's academic curriculum also supports SDG11 by mapping more than 50 subjects that can enhance students' knowledge and skills related to environmental sustainability and climate change.
UiTM is also at the forefront in the efforts to address the impacts of climate change, such as flood disasters. UiTM's Flood Control Research Group (FCRG) has conducted numerous research, development and consultation activities related to flooding. The results of studies on flood causes, modelling and simulation, forecasting and warning, flood control and safety have been published in newspapers and media, at international conferences and in book publications, workshops and discussions with local councils, industry and relevant government agencies. Suggestions for flood control include ensuring an adequate and maintained drainage system and sufficient retention storage, especially when deforestation and land use changes occur or new areas are to be developed. According to the study, deforestation and development can cause excess surface runoff to increase by more than 100% and flow velocities to double, leading to increased erosion and siltation that reduce the drainage capacity and cause flash floods. With the increase in unexpected rainfall due to climate change, unexpected flooding will become more frequent, especially if preventive measures are neglected.
Recently, the UiTM research group, together with ZHL Consultant Sdn Bhd, collaborated with the Malaysian Meteorological Service in the development of the National Flood Forecasting and Warning System (NaFFWS) under the Department of Drainage and Irrigation, Ministry of Environment and Water. The UiTM team has been appointed as the subject matter expert (SME) in developing radar data as an alternative to rainfall input to flood modelling for Peninsular Malaysia, Sabah and Sarawak. In addition, UiTM researchers are involved in flood modelling studies with Universiti Tenaga Nasional, Thammasat University Thailand, Deakin University Australia, Drainage and Irrigation Department, Malaysia & Atlas Informatics under a research grant from the Asia Pacific Network for Global Change Research to improve community resilience in Southeast Asia. Indeed, the impacts of climate change and increased flooding require preparedness from the community, authorities and all parties involved.
Overall, UiTM has been at the global forefront in combating climate change and its impacts, with the collaboration and participation of many parties, including students as the future generation of leaders. Efforts at various levels, from things as simple as energy conservation, plastic waste management and 3Rs (reduce, reuse, recycle) can help reduce climate change. This earth is an Amanah that we must take care of. Each of us must work hand in hand to combat climate change and its impact on environmental sustainability.
Muhammad Haqim Zulkifli said that deforestation can have many significant impacts on the environment, such as desertification, soil erosion, flooding, increased greenhouse gases in the atmosphere and numerous problems for native habitats. The challenges of climate change are not a problem for one individual, but affect each and every one of us. Therefore, as individuals, we must collectively take preventive measures and actions to slowly reduce the impact of climate change.
One of the preventive measures that can be taken is to apply the 3Rs approach, i.e. reduce, reuse and recycle. The 3Rs initiative should be strengthened at global and local levels. A simple preventive measure is to plant trees. This is important for the love of nature and brings more greenery to the campus. Constant changes must be made, regardless of the size of the measure, as long as it leads to positive changes. To protect the environment, people need to fully understand the science behind the climate problem. Finally, the way to live more sustainably is to combine actions and aspects of sustainability in life. Finally, we must always remember to involve youth in the decision-making process.
Thank you to the two invited panellists for a very interesting and valuable exchange.
I would like to thank and congratulate the entire Coffee Talk With Rozie team, the technical team, the lecturers and the student of the College of Creative Arts and of course the guest speakers, Prof. Ts Dr Wardah Tahir and Muhammad Haqim Zulkifli.
I'll see you at CTWR Episode 12!
I'll see you at CTWR Episode 12!
Source
Date
Citation
“Bulletin: CTWR 2022 Episod 11Bersama Prof. Ts Dr Wardah Tahir Dan Muhammad Haqim Zulkifli,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/396.