THE AUDIENCE EXPERIENCE SESSION GATHERED FEEDBACKS ON THE.GLOBAL.GOALS 2021

Title

THE AUDIENCE EXPERIENCE SESSION GATHERED FEEDBACKS ON THE.GLOBAL.GOALS 2021
SESI PENGALAMAN AUDIEN KUMPUL RESPON PADA THE.GLOBAL.GOALS 2021

Description

During an audience experience held at Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah, I had the opportunity of meeting the curation team of the.global.goals 2021 (GESTURZ). For the record, UiTM successfully joined the ranks of the world's top institutions in the Times Higher Education (THE) Impact Rankings last year, moving from band 401-600 (2020) to 101-200 (for the year 2021).
The audience experience has become a must-have session anytime we undertake the university's curatorial projects in order to connect with targeted stakeholders and get their feedback and perspectives before submitting the final material to the respective international rating organisations.
This project is spearheaded by the Institute for Biodiversity and Sustainable Development (IBSD), and made possible by UiTM Curation team comprising staff, students from various departments (Faculty of Art & Design, Academy of Language Studies, and Department of Ranking, UiTM Global) as well as alumni and led by GESTURZ.
The.global.goals 2021 is the second Sustainability Report of Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, which assembles the initiatives and programmes undertaken by UiTM in 2020. The report highlights the research, innovation, academic, and community initiatives by the #keluargaUiTM. Some of the initiatives even involved our national and global partners. The projects depicted here are evidence that we have improved on all 17-goals of last year, alongside the extra new efforts made available in this report.
On that note, I would like to convey my heartfelt gratitude to everyone who contributed to the completion of the.global.goals 2021 report. Let #keluargaUiTM thrive.
Semasa sesi pengalaman audien yang berlangsung di Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah (GESTURZ), saya berpeluang bertemu pasukan kurasi the.global.goals 2021. Untuk rekod, UiTM berjaya menyaingi institusi terkemuka dunia dalam the Times Higher Education (THE) Impact Rankings tahun lepas, apabila kedudukan universiti meningkat daripada kedudukan 401-600 (2020) kepada 101-200 (tahun 2021).
Sesi pengalaman audien telah menjadi sesi wajib setiap kali kami melaksanakan projek kuratorial universiti yang bertujuan mendapatkan respon dari pihak berkepentingan yang disasarkan di samping mengumpul idea dan perspektif mereka sebelum membuat pelaporan akhir kepada pihak organisasi penarafan antarabangsa yang berkenaan.
Projek ini diterajui oleh Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), dan dijayakan oleh pasukan Kurasi UiTM yang terdiri daripada kakitangan, pelajar dari pelbagai jabatan serta alumni (Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Akademi Pengajian Bahasa, dan Jabatan Penarafan, UiTM Global) yang diketuai oleh GESTURZ.
The.global.goals 2021 adalah Laporan Kelestarian terbitan kedua Universiti Teknologi MARA (UiTM), Malaysia, yang menghimpunkan inisiatif dan program yang dijalankan oleh UiTM pada tahun 2020. Laporan itu mengenengahkan inisiatif penyelidikan, inovasi, akademik dan komuniti oleh keluarga UiTM . Beberapa inisiatif juga melibatkan rakan industri dari Malaysia dan antarabangsa. Projek yang didokumenkan adalah bukti bahawa UiTM progresif dalam semua 17 matlamat SDG dari tahun lepas, di samping melaporkan usaha baharu dalam laporan kali ini.
Sehubungan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyumbangkan kepakaran bagi penyediaan laporan the.global.goals 2021. Semoga #keluarga UiTM terus berjaya.

Files

gest10.jpg
gest9.jpg
gest8.jpg
gest7.jpg
gest6.jpg
gest5.jpg
gest4.jpg
gest3.jpg
gest2.jpg
gest1.jpg
gest.jpg

Citation

“THE AUDIENCE EXPERIENCE SESSION GATHERED FEEDBACKS ON THE.GLOBAL.GOALS 2021,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/42.

Output Formats