"ARE YOU SATISFIED WITH THE SERVICE?"

selayang8.jpg
selayang7.jpg
selayang6.jpg
selayang5.jpg
selayang4.jpg
selayang3.jpg
selayang2.jpg
selayang1.jpg
selayang.jpg

Title

"ARE YOU SATISFIED WITH THE SERVICE?"
"ADAKAH ANDA BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN KAMI?"

Subject

MEDICINE

Description

My walkabout tour resumed this time with employees from the Faculty of Medicine on the UiTM Selayang campus. The campus comprises clinical building (i.e. the clinical examination rooms and primary care), academic building, and residential college.
I had the pleasure of visiting our year 4 students, Najmi Fakri and Arif Irfan, at the Clinical Simulation Centre, who demonstrated clinical case simulation to me. Meanwhile, Azureen showed a simulation of continuous bladder drainage, and Aqil performed several aspects of the abdominal examination, such as superficial palpation of the abdomen and the bimanual method of kidney palpation, commonly known as balloting.
I went to the library and noticed a group of students, Munirah Adilah Binti Mohd Nizam, Izza Ummairah Binti Mohamed Zakri, and Nur Aqilah Binti Zahri, who were listening to a virtual lecture on "Revision Psychology & Psychological Interventions" by Ms Siti Aminah Omar, Lecturer/Clinical Psychologist. Unfortunately, the Wi-Fi connection was weak during the lecture. I need the Infra and Infostructure Office to take this seriously so that teaching and learning activities are not hampered by connection issues.
I met Ms Asniyati, who came with her husband for a follow-up medical check-up. "Are you satisfied with the service?" I asked quietly. She and her spouse exchanged a smile and a ‘Yes!’ . Then I went to the the Primary Care Centre, where I met the clinical personnel on duty, one of them was Nurse Siti Nurhayati.
My visit would not be complete without a group photo moment with the Keluarga UiTM at the UiTM Selayang Campus. Thank you everybody, and please stay safe and follow the S.O.Ps.
Lawatan saya kali ini diteruskan bersama kakitangan Fakulti Perubatan (Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA ) di kampus UiTM Selayang. Kampus ini terdiri daripada bangunan klinikal (iaitu bilik peperiksaan klinikal dan penjagaan primer), bangunan akademik, dan kolej kediaman.
Saya gembira dapat bertemu dengan pelajar tahun 4 - Najmi Fakri dan Arif Irfan, di Pusat Simulasi Klinikal, yang menunjukkan demonstrasi simulasi kes klinikal kepada saya. Sementara itu, Azureen dan Aqil melakukan simulasi klinikal pemeriksaan pundi kencing dan perut.
Saya meninjau susasana di perpustakaan dan melihat sekumpulan pelajar, Munirah Adilah Binti Mohd Nizam, Izza Ummairah Binti Mohamed Zakri, dan Nur Aqilah Binti Zahri, yang sedang menghadiri kuliah maya mengenai "Revision Psychology & Psychological Interventions" oleh Puan Siti Aminah Omar, Pensyarah/Pakar Psikologi Klinikal. Malangnya, mereka mempunyai sambungan Wi-Fi yang sangat lemah semasa kuliah. Saya perlu Pejabat Infra dan Infostruktur memandang serius perkara ini supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran tidak terhalang disebabkan masalah akses internet.
Saya sempat bersua dengan Puan Asniyati yang hadir bersama suaminya untuk pemeriksaan kesihatan susulan. "Adakah puan dan suami berpuas hati dengan perkhidmatan kami?" bisik saya kepada beliau. Dia dan pasangannya bertukar senyuman dan mengatakan ‘Ya!’ . Kemudian saya pergi ke Pusat Penjagaan Primer, di mana saya bertemu dengan kakitangan klinikal yang bertugas, salah seorangnya adalah Jururawat, Siti Nurhayati.
Kunjungan saya tidak mungkin lengkap tanpa sesi foto bersama Keluarga UiTM di UiTM Kampus Selayang. Terima kasih semua, pastikan anda kekal selamat dan ikut S.O.P. yang diarahkan oleh pihak berkuasa.

Citation

“"ARE YOU SATISFIED WITH THE SERVICE?",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/50.

Output Formats