DISCOVER MORE ABOUT THE FUTURE UiTM: TROPICAL MEDICINE AND MEDICAL ILLUSTRATOR ARE JUST TWO OF MANY AREAS WE SHOULD ENHANCE FURTHER.

Title

DISCOVER MORE ABOUT THE FUTURE UiTM: TROPICAL MEDICINE AND MEDICAL ILLUSTRATOR ARE JUST TWO OF MANY AREAS WE SHOULD ENHANCE FURTHER.
TERUS TEROKAI “THE FUTURE UiTM”: PERUBATAN TROPIKA DAN PELUKIS ILUSTRASI PERUBATAN ADALAH HANYA DUA DARI BANYAK BIDANG YANG PERLU KITA PERTINGKATKAN UNTUK MAJU.

Subject

MEDICINE

Description

On November 5, 2021, I went to the UiTM Sungai Buloh campus to complete my walkabout tour of the Faculty of Medicine.
The event held in a hybrid mode began with a presentation involving members of the Medicine Faculty. In 2003, there were 20 students enrolled in undergraduate programme at the Medicine Faculty; currently, there are 1,115 students. The MBBS programme has awarded a five-year accreditation until 2023. Meanwhile, there are 342 academics and 133 administrative personnel housed at the faculty and to date it has a total of 2,095 alumni.
During the MCO, the faculty administered exams using the UFUTURE platform. With 16 postgraduate programmes already available, the faculty is preparing to launch three new programmes: Master of Emergency Medicine, Master of Rehabilitation Medicine, and Master of Anaesthesiology & Critical Care. Currently, UiTM is collaborating with the IJN (National Heart Institute) on a cardiothoracic post-graduate programme, the first of its kind in the country.
In the meantime, I would like to congratulate, Afiqq Aiman Abd Ghapor, a Ph.D. candidate who represented the country at the recent 3MT Virtual Asia Pacific Championship with his thesis research. Afiqq previously earned first place in the Science & Technology category in the 2021 Malaysia Virtual 3MT and was named the National Grand Champion.
The Olympiad programme piqued my interest; therefore, I would advise other faculties to organise similar programmes to help young people discover their talents. The idea of having a medical illustrator and a medical education graphic designer appealed to me. I don't believe in generalising things because each department has its distinct demands. Please forward your proposal to my office, and the Registrar’s Office must act on the criteria of new and future employment in order to reduce knowledge and technology gap. Meanwhile, as you have three separate campus sites to service, please resolve your time management scheduling.
I was impressed with Dr Heo Chong Chin as Director of IMMB (Institute of Medical Molecular Biotechnology) and the work, particularly on Tropical Medicine, done there. This is one of our areas of strength in research and innovation and I eagerly await future IMMB discoveries. We have researchers in UiTM specialising in Tropical diseases and this is so apt as our researches involve real cases of Tropical diseases. Moreover, UiTM has innovative products related to tropical medicine such as control of mosquito population or detection of dengue, etc.
Similarly, please focus on programmes with high public impact and interest and forward the information to the communications department for media coverage. Also, collaborate closely with librarians to improve the impact of your publications and make use of the library's repository, particularly for health and medical studies.
I concluded my meeting at the Medicine faculty with a visit to the Med Museum. I wish to thank Dr Muhamad Yusuf and Dr Nurfareha for their assistance and briefing me on the history of the Med Museum plus information on the specimens on exhibit such as respiratory, hepatobiliary, gastrointestinal, and reproductive systems and how they were gathered.
Pada 5 November 2021, saya ke kampus UiTM Sungai Buloh untuk sesi lawatan di Fakulti Perubatan. ( Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA )
Acara dalam mod hibrid bermula dengan pembentangan status warga Fakulti Perubatan. Fakulti yang bermula pada tahun 2003 dengan 20 pelajar kini mencecah 1,115 pelajar yang berdaftar dalam program Sarjana Muda Perubatan. Buat masa ini program MBBS telah memperoleh akreditasi selama lima tahun sehingga 2023. Sementara itu, terdapat 342 ahli akademik dan 133 kakitangan pentadbiran yang bertugas dan fakulti telah menghasilkan seramai 2,095 alumni.
Semasa PKP, fakulti menggunakan platform UFUTURE untuk menguruskan peperiksaan akhir. Dengan 16 program pasca-siswazah, kini fakulti sedang berusaha untuk menawarkan tiga program baharu: Sarjana Perubatan Kecemasan, Sarjana Perubatan Pemulihan dan Sarjana Anestesiologi & Penjagaan Kritikal. Pada masa ini, UiTM sedang bekerjasama dengan IJN (Institut Jantung Negara) dalam program pasca-siswazah kardiotoraks, yang pertama seumpamanya di negara ini.
Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Afiqq Aiman Abd Ghapor, seorang calon Ph.D. yang telah mewakili negara pada Kejohanan Maya Asia Pasifik 3MT baru-baru ini menerusi tesis penyelidikanya. Afiqq sebelum ini mendapat tempat pertama dalam kategori Sains & Teknologi dalam 3MT Maya Malaysia 2021 dan dinobatkan sebagai Johan Utama peringkat Kebangsaan.
Program Olympiad telah menarik minat saya; Oleh itu, saya menasihatkan fakulti lain untuk menganjurkan program yang sama untuk membantu golongan muda mencungkil bakat mereka. Idea untuk mempunyai pelukis ilustrasi perubatan dan pereka grafik bidang pendidikan perubatan turut menarik perhatian saya. Saya tidak gemar menbuat tanggapan umum kerana setiap jabatan mempunyai keperluan spesifikasi yang berbeza. Namun saya syorkan fakulti mengemukakan cadangan ke pejabat saya, dan saya harap Pejabat Pendaftar dapat mengambil kira kriteria pekerjaan baharu dan masa hadapan untuk mengelakkan jurang pengetahuan dan teknologi. Dalam pada itu, memandangkan anda mempunyai tiga lokasi kampus yang berasingan, sila laksanakan penjadualan pengurusan masa bagi perkhidmatan yang efisien.
Saya kagum dengan prestasi Dr. Heo Chong Chin selaku Pengarah IMMB (Institut Bioteknologi Molekul Perubatan), serta perkongsian ringkas beliau terutamanya mengenai Perubatan Tropika. Ianya merupakan salah satu bidang kekuatan UiTM dalam penyelidikan dan inovasi dan saya tidak sabar menanti penemuan baharu oleh IMMB. UiTM mempunyai penyelidik yang pakar dalam penyakit Tropika. Bidang ini perlu menjadi tumpuan kita memandangkan lokasi kita di kawasan Tropika memudahkan penyelidikan kes sebenar penyakit Tropika. Selain itu, UiTM mempunyai produk inovatif berkaitan perubatan tropika seperti kawalan populasi nyamuk atau pengesanan denggi, dan sebagainya.
Sementara itu, sila fokus pada program yang mempunyai impak dan perhatian awam yang tinggi dan majukan maklumat anda kepada Jabatan Komunikasi untuk liputan media. Juga, bekerjasama rapat dengan pustakawan untuk meningkatkan impak penerbitan anda dan menggunakan repositori perpustakaan, terutamanya untuk kajian kesihatan dan perubatan.
Saya meneruskan lawatan saya ke fakulti Perubatan dengan lawatan ke Muzium Perubatan. Ingin saya ucapkan terima kasih kepada Dr Muhamad Yusuf dan Dr Nurfareha atas sesi lawatan berpandu yang menerangkan sejarah ringkas mengenai muzium serta spesimen pameran dan cara ia dikumpulkan, seperti sistem pernafasan, hepatobiliari, gastrousus dan reproduktif.

Source

Files

med6.jpg
med5.jpg
med4.jpg
med3.jpg
med2.jpg
med1.jpg
med.jpg

Citation

“DISCOVER MORE ABOUT THE FUTURE UiTM: TROPICAL MEDICINE AND MEDICAL ILLUSTRATOR ARE JUST TWO OF MANY AREAS WE SHOULD ENHANCE FURTHER.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/45.

Output Formats

Geolocation