WITH 100% GRADUATE EMPLOYABILITY, THE AESTHETIC ATMOSPHERE UNLEASHED THE SMILE OF THE DENTISTRY FACULTY.

Title

WITH 100% GRADUATE EMPLOYABILITY, THE AESTHETIC ATMOSPHERE UNLEASHED THE SMILE OF THE DENTISTRY FACULTY.
DENGAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN 100%, SUASANA ESTETIK MENYERLAHKAN SENYUMAN FAKULTI PERGIGIAN.

Subject

Dentist

Description

I continued my walkabout tour to the Faculty of Dentistry after the Faculty of Medicine. I was brought to Amethyst, a boutique dental specialist clinic. The atmosphere was very calming and welcoming, and the décor was the work of AP Dr Nik Mazuan, as he has been known to have the special touch.
During the walkabout, I met Dr. Shawal Mohamad, who showed me the activity at Oral Surgery 5, and then I met 2 final year students, Zurain and Afwan, who had just completed extraction clinical sessions. I went on to the Citrine Clinic, where I met Mohd Hafiz and his friend Nur Syazwani, and observed outpatients being managed by year four students.
I had the pleasure of seeing children attending oral health education sessions handled by students, and an opportunity to meet with participants from MoH attending a dental workshop, of which one of them was Mr. Hidir.
Next, I went to the Dental Simulation Lab, where students in year three were practising endodontics. There I spoke with Anis Nadhirah about her dental project, which required her to report her work via IDERMS - an online platform jointly developed by the faculty and the Info-structure department. I really appreciate the faculty's initiative to make the evaluation paperless and digital. Finally, I went to the Odontologica Gallery, which exhibits dental history of the world and some dental instruments.
The faculty now offers one bachelor's degree, three master's degree, and eleven Ph. D programmes, with five additional programmes set to begin soon. Its Doctor of Clinical Dentistry (Orthodontics) programme, as well as two other doctoral and two master's programmes, have received full accreditation from the MQA (Malaysian Qualifications Agency).
According to the dean, the faculty is preparing to establish a partnership with Xi'an University China on reciprocal academic exchanges. Creating a balanced work and life, the faculty recognises academics, administrative personnel, and students' accomplishments through a variety of platforms. In addition, the faculty has taken the initiative to award research funds to eligible lecturers in order to encourage them to publish research papers on a regular basis. As a result, I urge the lecturers to provide more significant data in the future, as well as to go through the appropriate channel (e.g UTV) to commercialise their research products.
At the same time, I would like to reiterate that "research funds are for researchers," therefore the Bursar's office needs to facilitate this important agenda. In the mean time, top performing authors of the faculty must continue to collaborate with authors worldwide. Select, strategize, and then co-write with your MoU partners so that we may improve our ranking.
I understand that each faculty has its own unique approach to achieving visibility. Simply ensure that everything you publish is consistent with the university's vision and communication strategy. You have an excellent message to convey about your faculty: enhance your existing talent pool so that they may produce more fresh talents for us.
As I left the building, my thoughts were UiTM Dentistry Faculty should be above and beyond the best. Until then, see you soon.
Berdekatan dengan Fakulti Perubatan, saya meneruskan lawatan ke Fakulti Pergigian. Lokasi pertama saya ialah di Amethyst, sebuah klinik pakar pergigian berkonsepkan butik. Suasananya sangat mendamaikan dan mesra pelanggan, dan saya tahu ia adalah idea PM Dr Nik Mazuan, yang sentuhan kerjanya hebat dapat saya kenal pasti.
Semasa lawatan, saya bertemu Dr. Shawal Mohamad, yang menunjukkan aktiviti di ruang Pembedahan Oral 5, dan kemudian saya bertemu dengan pelajar tahun akhir, Zurain dan Afwan, yang menjalankan sesi klinikal pengekstrakan. Saya berjalan menuju ke Klinik Citrine, di mana saya bertemu Mohd Hafiz dan rakannya Nur Syazwani, dan meninjau pesakit luar diuruskan oleh pelajar tahun empat.
Saya terhibur melihat kanak-kanak menghadiri sesi pendidikan kesihatan pergigian yang dikendalikan oleh pelajar, dan saya juga berpeluang bertemu dengan peserta bengkel pergigian yang dihadiri oleh warga kerja KKM, salah seorang daripadanya ialah En Hidir.
Seterusnya, saya pergi ke Makmal Simulasi Pergigian, di mana pelajar tahun tiga sedang menjalankan aktiviti endodontik. Kemudian saya berbual dengan Anis Nadhirah tentang projek pergigiannya, yang memerlukan dia melaporkan kerjanya melalui IDERMS - platform dalam talian yang dibangunkan bersama oleh fakulti dan jabatan infostruktur. Saya amat menghargai inisiatif fakulti untuk melaksanakan penilaian tanpa kertas dan digital. Akhir sekali, saya singgah di Galeri Odontologica, yang mempamerkan sejarah pergigian dunia dan beberapa instrumen pergigian.
Fakulti kini menawarkan satu ijazah sarjana muda, tiga ijazah sarjana, dan sebelas program Ph. D, dengan lima program tambahan akan bermula tidak lama lagi. Program Doktor Pergigian Klinikal (Orthodontik), serta dua lagi program kedoktoran dan dua program sarjana, telah menerima akreditasi penuh daripada MQA (Agensi Kelayakan Malaysia).
Menurut dekan, fakulti sedang berusaha memeterai kerjasama dengan Universiti Xi'an China khususnya dalam program pertukaran akademik. Dalam mewujudkan suasana kerja dan kehidupan yang seimbang, fakulti mengiktiraf pencapaian ahli akademiknya, kakitangan pentadbiran dan pelajar menerusi pelbagai platform. Di samping itu, fakulti telah mengambil inisiatif untuk menawarkan dana penyelidikan kepada pensyarah yang layak bagi menggalakkan mereka menerbitkan kertas penyelidikan secara berkala. Untuk itu, saya menyeru pensyarah untuk menyediakan data yang lebih signifikan pada masa hadapan, serta melalui saluran yang sesuai (contohnya, UTV) untuk mengkomersialkan produk penyelidikan mereka.
Pada masa yang sama, saya ingin menyatakan bahawa "dana penyelidikan adalah untuk penyelidik," oleh itu Pejabat Bendahari mesti memudah cara agenda penting ini. Sementara itu, pengarang utama di fakulti mesti terus bekerjasama dengan pengarang di seluruh dunia. Pilih, susun strategi, dan kemudian tulis bersama dengan rakan MoU anda supaya kita dapat tingkatkan kedudukan penarafan.
Saya menyedari bahawa setiap fakulti mempunyai pendekatan tersendiri untuk meningkatkan ketampakan fakulti masing-masing. Pastikan semua yang anda terbitkan adalah sejajar dengan visi universiti dan strategi komunikasi. Anda mempunyai mesej yang sangat baik untuk disampaikan tentang fakulti anda: kembangkan bakat sedia ada supaya mereka boleh menghasilkan lebih ramai bakat masa hadapan untuk universiti.
Semasa saya melangkah keluar, terlintas di fikiran saya bahawa Fakulti Pergigian UiTM seharusnya berada di atas dan melangkaui yang terbaik. Sehingga itu, semoga kita berjumpa lagi.

Source

Files

dentist16.jpg
dentist15.jpg
dentist14.jpg
dentist13.jpg
dentist12.jpg
dentist11.jpg
dentist10.jpg
dentist9.jpg
dentist8.jpg
dentist7.jpg
dentist6.jpg
dentist5.jpg
dentist4.jpg
dentist3.jpg
dentist2.jpg
dentist1.jpg
dentist.jpg

Tags

Citation

“WITH 100% GRADUATE EMPLOYABILITY, THE AESTHETIC ATMOSPHERE UNLEASHED THE SMILE OF THE DENTISTRY FACULTY.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 9, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/44.

Output Formats