Kunjungan hormat oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Title

Kunjungan hormat oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR)

Description

Assalamualaikum & Salam Malaysia Madani,
Melabuh tirai untuk 9 November 2023. walaupun agak padat jadual hari ini, tapi sangat manis apabila diserahkan fail peribadi saya sewaktu menjadi pelajar ITM. Ia berlaku selepas kunjungan hormat ke perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang diketuai Tuan Ts. Haji Azizi bin Haji Jantan ke pejabat saya pagi tadi, Terima kasih.
Ia sebenarnya membawa saya mengimbau kenangan sebagai pelajar ITM 38 tahun yang lalu. Ya 38 Tahun dahulu. Suatu tempoh yang bukan sedikit.
Tahniah Arkib UiTM, sistem carian yang mantap. saya kongsi sedikit isinya, memang lengkap serta menggamit memori dengan berat badan 55kg. Saya kongsi juga keratan akhbar & gambar dari simpanan saya selepas majlis graduasi di Dewan Seri Budiman 1987 bersama insan keramat bergelar Ibu.
Berkat doa arwah Bonda Tersayang..
‎رِضَاءُ اللَّهِ فِي رِضَاءِ الْوَالِدِ ، وَسَخَطُ اللَّهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
“Allah redha dengan sebab redha kedua ibubapa dan Allah murka dengan sebab murka kedua ibubapa.” Riwayat al-Tirmizi (1899)
‎كاسيهڽ ايبو
‎ممباوا ك شرڬ
‎كاسيهڽ ساودارا
‎ماس برادا
‎كاسيهڽ ايه
‎سڠڬوڤكه برڤيسه
‎دان كاسيه انقڽ
‎بركوربن ڽاوا
Tidak boleh tidak, saya berada sini untuk memimpin UiTM secara keseluruhannya.
UiTM Dihatiku❤️
#uitm
#uitmdihatiku
#MalaysiaMadani
#VCUiTM7

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/VCUiTM/posts/351435384075930

Files

Collection

Citation

“Kunjungan hormat oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR),” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 5, 2026, https://demo.library.uitm.edu.my/items/show/513.

Output Formats