MY WALKABOUT TOUR DISCOVERED MORE THAN JUST FUTURE READY TALENT.

fspu4.jpg
bm.jpg
fac.jpg
fspu3.jpg
fspu2.jpg
fspu1.jpg
fspu.jpg

Title

MY WALKABOUT TOUR DISCOVERED MORE THAN JUST FUTURE READY TALENT.
JELAJAH WALKABOUT SAYA MENEMUI LEBIH DARI SEKADAR KESIAPSIAGAAN BAKAT MADA HADAPAN.

Description

The Faculty of Architecture, Planning, and Surveying (FSPU) was founded in 1967 as the School of Applied Arts, with just 60 students in the initial batch. It now has 14,801 students in Shah Alam, Puncak Alam, Seri Iskandar, Arau, and Kota Samarahan. In 2020, its Graduate Employability was at 85.3 percent, and it was ranked in the Top 200 by QS World University Rankings by Subject. All programmes at FSPU are accredited by both local and international professional bodies.
My tour of the FSPU in Shah Alam was extended to the FSPU in Puncak Alam, where I visited studios and labs such as the Durian Dome lab, which is an artificial sky simulator that can reproduce any type of sky in a different context of a region, and the Wind Tunnel Testing lab, which allows students to predict wind loads over buildings and other structures using physical models. And lastly, to the 3D system modelling lab. The lab is equipped with CNC milling machine and laser cutter that allows students to produce precise quality models. Dr Nik Farhanah Nik Azhari and Encik Muhamad Jadil Ilias guided me on the walkabout tour, explaining each lab facility and technology accessible at the faculty.
Then, on October 27, 2021, I attended a walkabout tour to the Faculty of Business and Management (FBM). It shocked me because they were all dressed in the same hue as myself. The colour of the day is green. The walkabout tour starts with a presentation, and I was told that 75% of the personnel is female. I counselled them to strike a balance between job and family life. As a lecturer, you must be able to control your emotions and treat your students professionally. So that we may all have respect for one another.
In the recent QS World University Rankings by Subject 2021, FBM continues to perform well in three leading subjects: Accounting and Finance, Business Management Studies, Economics and Econometrics.
Meanwhile, I am excited to return to this faculty since they have plans to have Maybank, Chatime, and He&She on campus as part of their retail programme collaborations.
I continued my tour to the Faculty of Accountancy, which is located close to the FBM. The faculty includes 66 PhD holders and 8 Professors, with a total of 44 lecturers teaching accounting programmes to 3,766 students in the Selangor branch. In 2020, the graduate employment rate remained excellent at 90.6 percent, ranking fourth in Malaysia for accounting and finance. The Accounting faculty is highly renowned for its students' outstanding achievement as the ACCA world's top prize recipients.
I told the faculty members that we should not limit ourselves to being the greatest on our own territory. The faculty must discover and situate young academics so that they may co-write and participate in research with recognised partners. I urged them to collaborate with librarians to improve the quality of their research articles. Choose the top 30 talent to focus on writing in the Q1 and Q2 journals.
In every faculty I've visited thus far, staff and students have expressed grave concerns about the safety and conduciveness of the amenities, including internet access. I want the Infrastructure and Infostructure officials to undertake preventative maintenance and service improvement on a regular basis, rather than waiting for complaints.
From best world’s top 200 architecture & built environment by subject, and the well performed of leading subjects in business & management, to the home of #1 ACCA world-prize. My walkabout tour discovered more than just future ready talent.
Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur ( Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur - FSPU Universiti Teknologi MARA ) telah diasaskan pada tahun 1967 sebagai Sekolah Seni Gunaan, dengan hanya 60 pelajar dalam kumpulan awal. Ia kini mempunyai 14,801 pelajar di Shah Alam, Puncak Alam, Seri Iskandar, Arau, dan Kota Samarahan. Pada tahun 2020, Kebolepasaran Graduan-nya berada pada 85.3 peratus, dan ia disenaraikan dalam Top 200 oleh QS World University Rankings mengikut Subjek. Semua program di FSPU diakreditasi oleh badan profesional tempatan dan antarabangsa.
Lawatan saya ke FSPU di Shah Alam dilanjutkan ke FSPU di Puncak Alam, di mana saya melawat studio dan makmal seperti makmal Durian Dome, yang merupakan simulator langit buatan yang boleh menghasilkan semula apa-apa jenis langit dalam konteks yang berbeza di sesuatu wilayah, dan makmal Ujian Terowong Angin, yang membolehkan pelajar meramalkan beban angin ke atas bangunan dan struktur lain menggunakan model fizikal. Dan terakhir, ke makmal pemodelan sistem 3D. Makmal ini dilengkapi dengan mesin pengilangan CNC dan pemotong laser yang membolehkan pelajar menghasilkan kualiti model yang tepat. Dr Nik Farhanah Nik Azhari dan Encik Muhamad Jadil Ilias memberi taklimat semasa lawatan berlangsung dengan menerangkan setiap kemudahan makmal dan teknologi yang terdapat di fakulti.
Pada 27 Oktober 2021, saya meneruskan lawatan ke Fakulti Pengurusan dan Perniagaan ( @FBM_Official ). Adalah suatu kejutan melihat mereka semua berpakaian tona hijau yang sama seperti saya. Tema hijau kita semua hari ini. Lawatan dimulakan dengan pembentangan, dan saya diberitahu bahawa 75% daripada kakitangan adalah wanita. Saya menasihati mereka untuk mengimbangi antara pekerjaan dan kehidupan berkeluarga. Sebagai pensyarah, anda mesti boleh mengawal emosi dan mengendali pelajar anda dengan professional. Supaya kita semua saling menghormati antara satu sama lain.
QS World University Rankings by Subject 2021 baru-baru ini mengumumkan, FBM terus menunjukkan prestasi yang baik dalam tiga subjek utama: Perakaunan dan Kewangan, Pengajian Pengurusan Perniagaan, Ekonomi dan Ekonometrik.
Dalam pada itu, saya teruja untuk kembali ke fakulti ini kerana mereka mempunyai rancangan untuk mempunyai Maybank, Chatime, dan He&She di kampus sebagai sebahagian daripada kerjasama program kolaborasi peruncitan mereka.
Saya meneruskan lawatan ke Fakulti Perakaunan ( Faculty of Accountancy, UITM ) yang terletak berhampiran dengan FBM. Fakulti itu mempunyai 66 pemegang Ijazah Kedoktoran-PhD dan 8 Profesor, dengan seramai 44 pensyarah mengajar program perakaunan kepada 3,766 pelajar di cawangan Selangor. Pada 2020, kadar kebolehpasaran graduan-nya kekal cemerlang pada 90.6 peratus, menduduki tempat keempat di Malaysia untuk perakaunan dan kewangan. Fakulti Perakaunan sangat terkenal dengan pencapaian cemerlang pelajarnya sebagai penerima hadiah utama dunia ACCA.
Dalam pertemuan dengan warga fakulti, saya memberitahu agar mereka tidak hanya hebat di gelanggang sendiri. Fakulti mesti menemui dan memposisikan ahli akademik muda-nya supaya mereka boleh menulis bersama dan mengambil bahagian dalam penyelidikan dengan rakan institusi yang bereputasi. Saya mahu mereka bekerjasama dengan pustakawan untuk meningkatkan kualiti artikel penyelidikan mereka. Pilih 30 bakat terbaik untuk memberi tumpuan kepada penulisan dalam jurnal Q1 dan Q2.
Di setiap fakulti yang saya lawati setakat ini, kakitangan dan pelajar telah menyatakan kegusaran yang serius tentang keselamatan dan tahap kondusif kemudahan, termasuk akses internet. Saya mahu pegawai Infrastruktur dan Infostruktur menjalankan penyelenggaraan preventif dan penambahbaikan perkhidmatan secara berkala, daripada hanya menunggu aduan tiba ke meja anda.
Daripada 200 Terbaik di Dunia dalam subjek seni bina & alam bina dan prestasi cemerlang subjek utama iaitu pengurusan dan perniagaan, hinggalah ke rumah juara #1 ACCA dunia. Lawatan saya menemui lebih daripada sekadar kesiapsiagaan bakat masa hadapan

Citation

“MY WALKABOUT TOUR DISCOVERED MORE THAN JUST FUTURE READY TALENT.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/52.

Output Formats