WHAT IF FITA, INFORMATION MANAGEMENT, AND PHARMACY COLLABORATE ON RESEARCH?

Title

WHAT IF FITA, INFORMATION MANAGEMENT, AND PHARMACY COLLABORATE ON RESEARCH?
BAGAIMANA JIKA FITA, PENGURUSAN MAKLUMAT, DAN FARMASI BERKOLABORASI DALAM PENYELIDIKAN?

Subject

INFORMATION MANAGEMENT
PHARMACY

Description

The Faculty of Information Management offers programmes at UiTM Selangor, Kedah, Kelantan, Sarawak, Johor, and Negeri Sembilan, with accreditation from the MBOT, iSchool, and IASL. With a total enrolment of 2,329, the faculty is a forerunner in Information Studies, attracting foreign students to pursue studies and international partners to cooperate with the faculty through a variety of reciprocal activities.
After the hybrid meet-up, I went to the Oral History Lab and met with Jafalizan Md. Jali, a Senior Lecturer and Oral History Researcher on prominent figures such as Malaysia's education icon, YABhg. Tun Arshad Ayub, who is also the Pro-Chancellor of UiTM. At the same time, I met with Assoc. Prof. Dr. Wan Satirah Wan Mohd Saman, Post-Graduate Coordinator (coursework), who was also in charge of the Songket research. I applaud both of them for their efforts in researching and recording local content, and I look forward to working with them again to advance their idea of publishing volumes on local content curated by UiTM scholars.
In hybrid mode, I resumed my tour by meeting with members of the Film, Theatre, and Animation faculty (FITA). I would encourage faculty members to register their creative works as an added value that would enhance the faculty's strength and start utilising the design thinking approach to navigate and achieve the set KPIs, as well as monitor them accordingly. Extend the use of design thinking method to improve stake holders’ perception of yourselves. Plus, build your faculty’s reputation by believing in your worth and leveraging your tremendous potential.
I would urge that you also collaborate on Equivalence Measures of Academic Promotion for Creative Arts Academics with the other two creative industry-based faculties. Please continue to consult with the University Transformation Division (BTU) on equivalence measurements of creative production that contributes to the university's performance. If you have any issues do address them to me, please do not hesitate to make an appointment to visit me at my office.
Adapting to the new norm, the Faculty of Pharmacy has implemented two methods of curriculum delivery. The lecturers are equipped with the skills to implement ODTL through series of webinars and guidelines. Its research entities include the Atta-ur-Rahman Institute for Natural Products Discovery, the Integrative Pharmacogenomics Institute, the Collaborative Drug Discovery Research Group, and five other Research Initiative Groups, which are BDT, BIOTRANS, OASES, MaREG, and CT. Please visit the faculty’s website for further information about these research entities.
The faculty is home to emerging and top researchers as well as top authors in Pharmacy, Pharmacology, Life Sciences and Medicine. On research, innovation, and academic activities, the faculty has partnered with key industry players such as PharmaNiaga, GlaxoSmithKline, and Pfizer, as well as the Ministry of Health. Aside from existing laboratory services, the faculty is preparing to activate its Good Manufacturing Practice (GMP) Pilot Plant and PharmaShoppe.
Fakulti Pengurusan Maklumat ( Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM - FB Rasmi ) menawarkan program di UiTM Selangor, Kedah, Kelantan, Sarawak, Johor, dan Negeri Sembilan, dengan akreditasi daripada MBOT, iSchool, dan IASL. Dengan jumlah enrolmen seramai 2,329, fakulti itu merupakan pelopor dalam Pengajian Maklumat, menarik minat pelajar asing untuk melanjutkan pengajian dan rakan kongsi antarabangsa untuk bekerjasama melalui pelbagai aktiviti yang memanfaatkan kedua belah pihak.
Selepas pertemuan hibrid, saya melawat ke Makmal Sejarah Lisan dan bertemu dengan Jafalizan Md. Jali, Pensyarah Kanan dan Penyelidik Sejarah Lisan mengenai tokoh-tokoh terkemuka seperti ikon pendidikan Malaysia, YABhg. Tun Arshad Ayub, yang juga Pro-Canselor UiTM. Pada masa yang sama, saya bertemu dengan PM Dr Wan Satirah Wan Mohd Saman, Koordinator Pasca Siswazah (kerja kursus), yang bertanggungjawab dalam penyelidikan Songket. Saya amat bangga dengan usaha mereka dalam mengkaji dan mendokumentasikan kandungan tempatan, dan saya ingin bekerjasama dengan mereka bagi memajukan idea mereka dalam menerbitkan kandungan tempatan yang dikurasikan oleh para sarjana UiTM.
Dalam mod hibrid, saya meneruskan lawatan saya ke Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FITA) ( Fakulti Filem,Teater dan Animasi, UiTM Puncak Perdana. ). Pada hemat saya, warga FITA digalakkan mendaftarkan usaha kreatif mereka sebagai nilai tambah yang akan melonjakkan kekuatan fakulti. Saya juga kagum dengan potensi yang ada pada FITA dan saya yakin pendekatan ‘Design Thinking’ jika di aplikasi mampu mengemudi dan mencapai KPI yang ditetapkan, serta memantau pretasi dengan sewajarnya. Kaedah ‘Design Thinking’ ini juga boleh di gunakan untuk memahami persepsi pihak berkepentingan terhadap anda dan dengan kepercayaan pada kekuatan diri sendiri anda mampu membina reputasi baik fakulti.
Di samping itu, FITA perlu bekerjasama dengan dua fakulti industri kreatif yang lain bagi mengukur kesetaraan kenaikan pangkat pensyarah bidang seni kreatif. Sila terus merujuk dengan Bahagian Transformasi Universiti (BTU) mengenai ukuran kesetaraan penghasilan karya kreatif yang menyumbang kepada prestasi universiti. Jika anda mempunyai sebarang isu untuk dibincangkan, buatlah temu janji untuk kita bertemu di pejabat nanti.
Menyesuaikan diri dengan norma baharu, Fakulti Farmasi ( Fakulti Farmasi UiTM )telah melaksanakan dua kaedah penyampaian kurikulum. Pensyarah dilengkapi dengan kemahiran melaksanakan ODTL melalui siri webinar dan garis panduan untuk dirujuk. Fakulti ini dikelilingi dengan entiti penyelidikan seperti Institut Atta-ur-Rahman Institut Farmakogenomik Integratif, ‘the Collaborative Drug Discovery Research Group’, dan lima Kumpulan Inisiatif Penyelidikan lain iaitu BDT, BIOTRANS, OASES, MaREG, dan CT. Sila layari laman web fakulti untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang entiti penyelidikan ini.
Fakulti ini berjaya menghimpunkan penyelidik muda dan tersohor serta juga pengarang terkemuka dalam bidang Farmasi, Farmakologi, Sains Hayat dan Perubatan. Dalam aktiviti penyelidikan, inovasi, dan akademik, fakulti bekerjasama dengan pemain industri utama seperti PharmaNiaga, GlaxoSmithKline, dan Pfizer, serta Kementerian Kesihatan. Selain daripada perkhidmatan makmal sedia ada, fakulti sedang bersedia untuk mengaktifkan Loji Perintis Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan PharmaShoppe.

Source

Relation

https://www.youtube.com/watch?v=t6P6o49QwDs

Files

farmasi.jpg
filem1.jpg
filem.jpg
fim1.jpg
fim.jpg

Tags

Citation

“WHAT IF FITA, INFORMATION MANAGEMENT, AND PHARMACY COLLABORATE ON RESEARCH?,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 27, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/56.

Output Formats