RESEARCH IS THE CORE FOCUS OF UiTM SELANGOR BRANCH

sel3.jpg
sel2.jpg
sel1.jpg
sel.jpg

Title

RESEARCH IS THE CORE FOCUS OF UiTM SELANGOR BRANCH
PENYELIDIKAN ADALAH FOKUS TERAS UiTM CAWANGAN SELANGOR

Subject

RESEARCH

Description

On 22 October 2021 I paid a visit to the Rector’s Office of the UiTM Selangor branch (UCS). UCS comprises 5 campuses (in Puncak Alam, Puncak Perdana, Sg. Buloh/Selayang and Dengkil) , 12 faculties, 1 academic centre and 3 centres of excellence, 2 medical centres and 1 newly established teaching Hospital. UCS, houses a total enrolment of 28,432 students and 3,937 employees, is primarily focused on research and development, and has received RM8,474,806.50 in grants in 2021, including Community Joint Research with MOSTI and Manjung Aquabest Hatchery, Optometric Research Based on Community Engagement Programmes, MESTECC Transdisciplinary and Translational Research, MakerLab, and more.
Then I adjourned the meeting for a tree planting activity where I was assisted by Encik Irwan Ismadi, Landscape Architect who briefed us on some basic facts about the plant and the soil. I made my last stop at the Richiamo Coffee to meet and greet a group of students who were spending time at the cafe. I thanked members of the UCS team for sharing their latest progress and development with me.
In the name of Allah the most Merciful the Beneficent. We offer our thanks and gratitude to each member of our #keluargaUiTM and for the opportunity for us to come together to do good. May Allah grant us protection and allow us to contribute for the betterment of the ummah and the world.
Pada 22 Oktober 2021, saya telah berkunjung ke Pejabat Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS). UCS mempunyai 5 kampus (di Puncak Alam, Puncak Perdana, Sg. Buloh/Selayang dan Dengkil) , 12 fakulti, 1 pusat akademik dan 3 pusat kecemerlangan, 2 pusat perubatan dan 1 Hospital Pengajar yang baru ditubuhkan. UCS, mempunyai jumlah enrolmen seramai 28,432 pelajar dan 3,937 warga kerja, yang memberi tumpuan utama kepada penyelidikan serta pembangunan, di mana ia berjaya menerima geran sejumlah RM8,474,806.50 pada tahun 2021, termasuk Penyelidikan Bersama Komuniti dengan MOSTI dan Manjung Aquabest Hatchery, Penyelidikan Optometrik Berdasarkan Program Penglibatan Komuniti, Penyelidikan Transdisiplin dan Translasi MESTECC, MakerLab, dan banyak lagi.
Kemudian saya meneruskan lawatan dengan aktiviti penanaman pokok di mana saya telah dibantu oleh Encik Irwan Ismadi, Arkitek Landskap yang telah memberi taklimat kepada kami mengenai asas dan fakta tumbuhan dan tanah. Singgahan terakhir saya bertempat di Richiamo Coffee di situ saya sempat bermesra bersama pelajar yang meluangkan masa di sana. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli pasukan UCS atas kemajuan dan perkembangan terkini yang telah dikongsikan dengan saya.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada ahli #keluargaUiTM di atas peluang yang kita semua diberi untuk bersama-sama melakukan kebaikan. Semoga Allah memberi kita perlindungan untuk terus menyumbang demi kebaikan ummah dan dunia.

Source

Relation

https://youtu.be/t6P6o49QwDs

Citation

“RESEARCH IS THE CORE FOCUS OF UiTM SELANGOR BRANCH,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/57.

Output Formats

Geolocation