AN AGILE GRADUATES: 2021-2025 GRADUATE EMPLOYABILITY STRATEGIC PLAN OUTLINED FOUR KEY STRATEGIES.

Title

AN AGILE GRADUATES: 2021-2025 GRADUATE EMPLOYABILITY STRATEGIC PLAN OUTLINED FOUR KEY STRATEGIES.
GRADUAN TANGKAS: PELAN STRATEGIK KEBOLEHPASARAN GRADUAN 2021-2025 GARISKAN EMPAT STRATEGI UTAMA.

Description

I attended the launching of 2021-2025 Graduate Employability (GE) Strategic Plan at Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). The event was officiated by the Higher Education Minister, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
The plan is a continuation of the National GE Blueprint 2021-2017, which was designed to give an immediate solution and guidance to all public and private institutions in producing quality graduates for the job market, which in turn contributes to the country's economy. There are four key strategies outlined in this which include:-
(i) Strengthening Talent Excellence.
(ii) Student Career Expansion.
(iii) Enhancement of Teaching and Learning (PdP); and
(iv) Strengthening Industrial Relations.
Meanwhile, according to the UiTM 20-year Impact Study, graduate employability at UiTM is currently at 83 percent on average. ( * 2016-2020 data)
At the event I had the opportunity to visit a mini showcase organised by UniMAP which included Research & Innovation products by UniMAP fraternity, the Talent Corp Malaysia and SOCSO/PERKESO (The Social Security Organisation. At the SOCSO booth, I met Mr Muhamad Hanif Zakaria, a Manager for Return-to-Work Programme. Hanif is a Bachelor of Physiotherapy (Hons) graduate from the Faculty of Health Sciences, UiTM who has been with SOCSO for three years.
Congratulations MoHE, UniMAP for successfully organising the event.
Saya menghadiri pelancaran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Acara ini dirasmikan oleh YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Dato' Dr. Noraini Ahmad
Pelan ini adalah kesinambungan dari Pelan Pembangunan Kebolehpasaran Graduan 2012-2017, yang dirangka untuk memberi panduan dan penyelesaian segera kepada seluruh Universiti Awam dan Swasta dalam menyediakan graduan berkualiti yang boleh diserapkan ke pasaran kerja lantas menyumbang kepada ekonomi negara. Terdapat empat strategi utama yang digariskan, antaranya :-
(i) Pengukuhan Kecemerlangan Bakat;
(ii) Peluasan Kerjaya Pelajar;
(iii) Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP); dan
(iv) Pemerkasaan Hubungan Industri.
Sementara itu, Kajian Impak 20-tahun UiTM telah merekodkan kebolehpasaran graduannya masa kini pada kadar purata 83 peratus. ( *data 2016-2020)
Semasa menghadiri program, saya berpeluang melawat pameran mini anjuran UniMAP dimana produk penyelidikan dan inovasi dari warga UniMAP, pameran Talent Corp Malaysia dan PERKESO telah di diketengahkan. Di ruang PERKESO saya berkesempatan berjumpa dengan Muhammad Hanif Zakaria, Pengurus Program ‘Return -to-Work’. Hanif merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Fisioterapi dari Fakulti Sains Kesihatan, UiTM, beliau telah berkhidmat dengan PERKESO selama tiga tahun.
Tahniah KPT Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti Malaysia Perlis atas kejayaan menganjurkan acara ini.

Source

Files

unimap2.jpg
unimap1.jpg
unimap.jpg

Citation

“AN AGILE GRADUATES: 2021-2025 GRADUATE EMPLOYABILITY STRATEGIC PLAN OUTLINED FOUR KEY STRATEGIES.,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 26, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/63.

Output Formats