Menandatangani MOU dengan Jabatan Peguam Negara: Meningkatkan Komitmen UiTM dalam Pendidikan Undang-Undang

Title

Menandatangani MOU dengan Jabatan Peguam Negara: Meningkatkan Komitmen UiTM dalam Pendidikan Undang-Undang

Description

Hari ini istimewa dapat menyerahkan surat kepada Profesor baharu pagi tadi, Tahniah semua, semoga terus komited menaikkan UiTM ke persada dunia dan terus menyumbang kepada keperluan masyarakat setempat.
Sempat juga mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Eksekutif Universiti sebelum menyambut Peguam Negara dan seluruh kepimpinan tinggi Jabatan Peguam Negara Malaysia I Attorney General's Chambers Malaysia yang diketuai sendiri oleh Yang Berbahagia Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Negara Malaysia bersama Yang Berbahagia Dato' Suzana Atan, Peguam Cara Negara, dan Yang Berbahagia Dato' Masri Mohd Daud, Ketua Bahagian Pendakwaan yang juga Alumni universiti keramat ini. Kehadiran pegawai-pegawai utama yang lain memeriahkan lagi majlis. Majlis menandatangani MOU diwakili okeh Tan Sri sendiri, Terima kasih Tan Sri.
Tahniah Yang Berusaha PM Dr. Hartini Saripan, Penasihat Undang-Undang UiTM, yang merupakan mantan Dekan dan Yang Berusaha PM Dr. Nur Ezan Rahmat, Dekan Fakulti Undang-Undang UiTM serta seluruh warga Fakulti Undang-undang.
Pelajar Fakulti Undang-Undang UiTM akan mendapat akses yang lebih baik untuk menjalani latihan industri di Jabatan Peguam Negara. Ini akan memberikan mereka pengalaman praktikal serta pendedahan secara langsung kepada amalan undang-undang yang sebenar sebahagian usaha untuk melahirkan graduan yang cemerlang dan berdaya saing dalam amalan profesional.
Selain itu, MoU ini turut memberi manfaat besar kepada ahli akademik untuk menjalani sabatikal di Jabatan Peguam Negara, membuka jalan kepada kerjasama dalam aktiviti akademik bersama seperti penyelidikan, persidangan, dan kursus jangka pendek.
Semoga usahasama ini diberkati untuk penghasilan bakat profesional dalam bidang undang-undang.
Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

https://www.facebook.com/share/p/nFhZ75Mt4MZif2jB/

Publisher

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Date

Language

Malay Language

Type

Website

Identifier

https://www.facebook.com/VCUiTM

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/nFhZ75Mt4MZif2jB/

Files

1.jpg
2.jpg
3.jpg
4.jpg
5.jpg
6.jpg
7.jpg
8.jpg
9.jpg
10.jpg
11.jpg
12.jpg
13.jpg
14.jpg

Collection

Citation

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Menandatangani MOU dengan Jabatan Peguam Negara: Meningkatkan Komitmen UiTM dalam Pendidikan Undang-Undang,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 22, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/829.

Output Formats