Mendalami Makna Ilmu dari Pesan Prof Diraja Terpuji tentang Taawun dan Hikmah

Title

Mendalami Makna Ilmu dari Pesan Prof Diraja Terpuji tentang Taawun dan Hikmah

Description

Mengingat pesan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.. laksana kan Taawun dan sentiasa bertabayyun..
Mengingatkan lagi pesan Prof Diraja Terpuji…
Ilmu itu adalah kesampaian makna kepada Ruh…
“Ilmu itu tibanya ma’na ke dalam diri serempak dengan tibanya diri kepada ma’na, dan ilmu itulah yang menjadi hasrat dan kehendak diri.”
datangkan makna kepada setiap langkah dan tingkah laku setiap masa…
امبيل تبو د تڤي رومه،
چابوت اوبي برسام اكر،
سديكيت علمو جك برحكمه،
ڬارام سلااوت منجادي تاور
“Ilmu adalah suatu gerak-daya memperoleh pengetahuan dan merujuk kepada suatu sifat yang berada pada sesuatu (insan) yang hidup, yang membolehkan diri yang mengetahui itu mengetahui yang diketahui.
Ilmu juga pengenalan terhadap yang dikenali sebagaimana adanya. Pengenalan ini pengenalan yang yakin tentang kebenarannya, dan merujuk kepada hikmah. Maka ilmu adalah sesuatu yang menyakinkan dan memahamkan dengan nyata.
Mengenali dan mengetahui sesuatu itu adalah mengenali dan mengetahui sebab-sebab wujud dan keadaan sesuatu yang dikenali dan diketahui. Ilmu adalah gerak-daya memperoleh atau menghasilkan sesuatu menerusi tilikan akal – iaitu tilikan yang memandang hakikat sesuatu seperti adanya.
Ilmu juga adalah perolehan kalbu mengenai sesuatu, yang menggambarkan hakikatnya dengan secara tepat dan jernih, baikpun hakikat itu hakikat yang zahir di alam shahadah mahupun yang batin di alam ghaib. Ilmu adalah penetapan diri atau kalbu tentang kebenaran sesuatu sewaktu shak dan ragu-ragu timbul mengenainya. Ilmu itu kepercayaan yang teguh dan tiada berubah di dalam kalbu. Ilmu itu adalah gerak-daya ke arah penjelasan, penetapan dan penentuan. Ilmu itu pengikraran terhadap kebenaran.
Ilmu itu i’tikad mengenai hakikat sesuatu seperti adanya. Ilmu mengakibatkan ketenteraman diri. Ilmu itu merupakan peringatan, gambaran akal, renungan, pandangan batin. Ilmu adalah suatu sifat yang menghapuskan kejahilan, shak dan dugaan. Ilmu itu kenyataan sesuatu dari pihak dirinya sendiri.
Ilmu itu adalah cahaya yang diletakkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam kalbu. Ilmu itu gambaran rupacita, faham atau ma’na dalam fikiran, dan gerak-daya yang membentuk perkara-perkara tersebut.
Ilmu itu perkara dalaman, bukan perkara luaran diri. Ilmu adalah pengetahuan atau pengenalan yang tetap yang menafikan kemungkinan pengetahuan dan pengenalan sebaliknya. Ilmu adalah rahsia yang diselipkan ke dalam diri dan menetap di situ.
Ilmu itu tibanya ma’na ke dalam diri serempak dengan tibanya diri kepada ma’na, dan ilmu itulah yang menjadi hasrat dan kehendak diri. Cukuplah bagi kita kini untuk memahami bahawa ilmu, menurut faham Islam, adalah suatu kesatuan yang mempunyai dua wajah yang dapat dibahagikan kepada dua perkara yang jelas; yang satu merujuk kepada pengenalan dan yang satu lagi kepada pengetahuan.
Yang melengkap-sempurnakan ilmu, dengan memperkenalkan kepada diri batas kegunaan serta had ma’nawi pengetahuan serta pengenalan diri terhadap sesuatu perkara atau hal yang diketahui dan dikenali olehnya, adalah hikmah.”
(Prof. Diraja Terpuji S.M.N. Al-Attas)
Globally Renowned, Locally Rooted
‎اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️

Creator

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA

Source

https://www.facebook.com/share/p/MrjFxnqoMLyoFLv2/

Date

Language

Malay

Type

Website

Identifier

https://www.facebook.com/VCUiTM

Files

yu.jpg

Collection

Citation

Naib Canselor Universiti Teknologi MARA, “Mendalami Makna Ilmu dari Pesan Prof Diraja Terpuji tentang Taawun dan Hikmah,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed November 21, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/832.

Output Formats