Menghadiri konferensi "7th International Hospitality and Tourism Conference 2024 (IHTC)" yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM
Title
Menghadiri konferensi "7th International Hospitality and Tourism Conference 2024 (IHTC)" yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM
Description
Tahniah kepada Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP) atas penganjuran 7th International Hospitality and Tourism Conference 2024 (IHTC) bertemakan "Guardians of Culture, Agents of Growth: Commitment to Heritage Sustainability in Tourism".
Ia merupakan satu platform utama FPHP dalam meningkatkan pencapaian penerbitan dan inovasi serta memperkukuhkan hubungan dua hala fakulti bersama rakan-rakan strategik antarabangsa, selaras dengan aspirasi UiTM2025 sebagai Globally Renowned University.
Majlis makan malam IHTC 2024 meriah dengan kehadiran peserta antarabangsa serta rakan kerjasama yang telah menandatangani MOU untuk bidang yang menang-menang, selari dengan strategi 3R: Relevant, Respected, and Referred.
Terima kasih kepada semua rakan kerjasama. Sembang pasal heritage… MATTA menjemput untuk memberi keynote untuk Fair 2025, Alhamdulillah.
Antara MOU yang ditandatangani adalah bersama Restoran Rebung Chef Ismail, diwakili oleh Chef Dato' Ismail Ahmad yang memang suka mencari resipi istimewa. Berseloroh beliau bertanya, "Apa masakan istimewa kampung kita?" Saya berkongsi satu menu unik keluarga saya di Kampung Sepinang, iaitu Nasi Labu, resipi daripada arwah Nek kami… ayahnya orang Pahang dan emaknya orang Melaka, jadi kami tidak dapat kepastian dari mana resepi asalnya. Namun, ia mudah, lazat, lemak, dan sesuai dimakan musim banjir. Bila tiada lauk, kami tahu bagaimana cara memasaknya: Labu biasa boleh masuk separuh, diracik sedang, bawang, ikan bilis, dan lada merah dihiris dan ditumis, garam secukup rasa, naik bau, masukkan air secukupnya mengikut sukatan beras. Setelah mendidih, masukkan labu, tunggu seketika, masukkan beras, daun kunyit secukup rasa, kacau, tutup, dan tanak hingga kering. Siap! Lambukkan nasi dan hidang panas-panas... sedap!
Pure vegetarian diet… nanti kalau Chef Dato’ Ismail hidangkan di Restoran Rebung, bolehlah cuba. Jika tidak, silakan mencuba sendiri!
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan FPHP UITM.
Globally Renowned, Locally Rooted
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7 #UiTM25Tahun #MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku❤️
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1AXRtcrn8L/
Collection
Citation
“Menghadiri konferensi "7th International Hospitality and Tourism Conference 2024 (IHTC)" yang dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 18, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/898.