Sesi Penjajaran Aspirasi dan Tujuan PEWANI dalam Menyokong Halatuju UiTM 2025 dan UiTM 2030

Title

Sesi Penjajaran Aspirasi dan Tujuan PEWANI dalam Menyokong Halatuju UiTM 2025 dan UiTM 2030

Description




Sesi menjajar aspirasi PEWANI sebagai pemboleh daya untuk menyokong halatuju UiTM2025 seterusnya UiTM2030. Pelbagai cadangan juga dibicarakan bagi memenuhi 6 tujuan utama PEWANI:

a. Untuk merapatkan perhubungan muhibbah dan menyatukan kakitangan wanita Universiti serta isteri-isteri di semua peringkat perkhidmatan.

b. Untuk menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran, serta kemajuan program-program kemajuan diri, ceramah, bengkel, seminar, kursus, dan penyertaan dalam bidang perniagaan untuk kepentingan persatuan.

c. Untuk menggalakkan dan menguruskan kerja-kerja amal melalui kutipan derma dan lain-lain sumber kewangan bagi faedah ahli-ahli dan keluarga mereka serta orang ramai.

d. Untuk mengadakan perhubungan erat serta kerjasama dengan persatuan wanita lain yang berdaftar di negara ini bagi memupuk semangat persefahaman dan menambahkan pengetahuan mengenai perkara yang mendatangkan faedah kepada persatuan.

e. Untuk membantu dan meninggikan imej serta nama baik ahli dan kaum wanita keseluruhannya.

f. Untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan ahli akan kepentingan, peranan, dan tanggungjawab wanita dalam meninggikan imej Universiti dan negara.

PEWANI berperanan besar dalam membantu universiti menaut ukhwah dan muhibbah di kalangan ahlinya dan perlu memperluas keahliannya di kalangan staf wanita pada setiap peringkat di seluruh sistem UiTM.
Keahlian PEWANI hanya mencakupi 18% daripada lebih 10,800 staf wanita yang merupakan 56% daripada keseluruhan kakitangan UiTM, yang menjadi nadi utama denyut UiTM. Cabaran untuk mencakup 82% yang masih belum bersama PEWANI.

PEWANI UiTM

Globally Renowned, Locally Rooted

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#UiTM25Tahun
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/18WvButqwZ/

Files

VC Pewani Ranau (1).jpg
VC Pewani Ranau (2).jpg
VC Pewani Ranau (3).jpg
VC Pewani Ranau (4).jpg
VC Pewani Ranau (5).jpg
VC Pewani Ranau (6).jpg
VC Pewani Ranau (7).jpg
VC Pewani Ranau (8).jpg
VC Pewani Ranau (9).jpg
VC Pewani Ranau (10).jpg
VC Pewani Ranau (11).jpg
VC Pewani Ranau (12).jpg
VC Pewani Ranau (2).jpg
VC Pewani Ranau (3).jpg
VC Pewani Ranau (4).jpg
VC Pewani Ranau (5).jpg
VC Pewani Ranau (6).jpg
VC Pewani Ranau (7).jpg
VC Pewani Ranau (8).jpg
VC Pewani Ranau (9).jpg
VC Pewani Ranau (10).jpg
VC Pewani Ranau (11).jpg
VC Pewani Ranau (12).jpg

Collection

Tags

Citation

“Sesi Penjajaran Aspirasi dan Tujuan PEWANI dalam Menyokong Halatuju UiTM 2025 dan UiTM 2030,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed January 18, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/924.

Output Formats

Geolocation