Perkongsian Hantaran "HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA) LAKAR SEJARAH LAKUKAN PEMBEDAHAN IMPLAN KOKLEA PERTAMA"
Title

Description
Perkongsian Hantaran -

Jabatan Otorhinolaryngology - Head & Neck Surgery (ORL HNS), Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM melakar sejarah baharu dengan menjalankan pembedahan implan koklea yang pertama pada 23 Disember 2024 ke atas adik Muhammad Ayden Hayyan bin Mokhtar yang berusia 1 tahun 10 bulan. Pembedahan yang julung kali dijalankan ini menjadi titik permulaan kepada era baharu dalam perawatan masalah hilang pendengaran kekal seterusnya membuktikan bahawa UiTM mampu memberikan perkhidmatan kesihatan bertaraf antarabangsa. Masalah hilang pendengaran kekal boleh memberikan kesan negatif terhadap kualiti hidup seseorang. Walaubagaimanapun, ia boleh ditangani dengan pembedahan implan koklea. Implan koklea merupakan peranti khas pendengaran yang menyampaikan stimulasi elektrik daripada elektrod untuk merangsang saraf pendengaran. Kejayaan pembedahan ini adalah hasil perancangan rapi oleh Pasukan Implan Koklea HASA yang diketuai oleh Dr Azrina Ahmad (Jabatan ORL HNS) dengan kerjasama Dr Fadzilah Ismail (Pakar Perunding ORL Hospital Sg Buloh), Prof. Madya Dr. Hilwati Hashim (Ketua Jabatan Radiologi), Dr Arfizah Arshad (Jabatan Pediatrik), Dr Nor Haliza Zainol Abidin (Jabatan Anestesiologi ), Cik Nur Annisa Rohaya Md Zakaria dan Cik Nursyaza Liyana Mohd Zamri (Audiologi), Puan Nur Nazihah Hazizi (Terapi Pertuturan, Jabatan Perubatan Pemulihan), Puan Nurulain Abd Ghafar (Terapi Cara Kerja, Jabatan Perubatan Pemulihan) dan Jabatan Kebajikan dan Sosial Perubatan HASA. Kejayaan pembedahan implan koklea pertama di HASA ini juga dicapai hasil sumbangan dan sokongan pelbagai pihak termasuk daripada Bahagian Saraan dan Kemudahan (Pejabat Pendaftar UiTM), pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Persatuan Kebajikan Sayap Kasih Malaysia (NGO). Kejayaan ini menjadi pemacu pemerkasaan Pasukan Implan Koklea HASA UiTM untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini bagi membantu lebih ramai individu yang menghadapi masalah pendengaran dapat mendengar sekaligus meningkatkan kualiti kehidupan pesakit. #HospitalAlSultanAbdullah #KompetensiGlobal #MalaysiaMadani #uitmdihatiku

Source
Facebook Page Rasmi : Hospital Al-Sultan Abdullah
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/1BjeTQffVC/
Collection
Citation
“Perkongsian Hantaran "HOSPITAL AL-SULTAN ABDULLAH (HASA) LAKAR SEJARAH LAKUKAN PEMBEDAHAN IMPLAN KOKLEA PERTAMA",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed April 19, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1012.