Komitmen UiTM : Kerjasama Strategik dan Hala Tuju Universiti
Title
Description
Urusan semalam, sebelah pagi menerima kunjungan mantan Ketua Menteri Melaka, DSU Ir. Idris Haron, yang juga alumni ITM. Beliau berkongsi pandangan dan menyatakan hasrat untuk menyumbang kembali kepada universiti keramat ini dalam aspek hubungan industri dan masyarakat.
Selesai pertemuan, menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Teknologi MARA bersama Universitas Islam Negeri Sunan Ampel (UINSA), Al Baghdadi Learning Centre, serta Barakah Umhaj Travel & Tours Sdn. Bhd., yang diselaraskan oleh ACIS.
Sebelah petang, menghadiri JPKA yang dipengerusikan oleh DS KSU di UIA, dan kemudian bergegas ke Parlimen untuk menyampaikan taklimat kepada YBM KPT bagi maklum balas hala tuju UiTM.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku