Menghadiri Majlis Sejambak Kasih Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi

Title

Menghadiri Majlis Sejambak Kasih Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi

Description



Malam tadi menghadiri Majlis Sejambak Kasih anjuran KPT, menghargai jasa YBhg. DS KSU yang bakal bersara pada 3 Mac ini. Majlis turut dihadiri YBM, YBTM, TKSU, KPPT, KPPKK, Naib-Naib Canselor dan warga KPT.

Walaupun beliau berpangkat kekanda, kami mengenali dan bersahabat dengan DS agak lama juga, menjadi lebih dekat sewaktu beliau dipinjam ke Kementerian Pendidikan menjadi Speech Writer YBM waktu itu sekitar 1997, masih ingat di kompleks kerajaan jalan Duta, “masih kah kau ingat”.
Lebih istimewa saya memberi khidmat sebagai VC juga sewaktu beliau pertama kali menjadi KSU KPT dahulu, tetapi saya tidak mengikut jejak untuk beralih perkhidmatan.
Seorang ilmuan yang berwawasan yang sentiasa mencari penyelesaian di luar kotak. Seorang pemimpin yang tegas, cakna serta teliti mesti cepat dan tepat.

Mohon maaf kalau ada salah dan silap, mohon dihalalkan segalanya khasnya ilmu dan bait-bait nasihat yang sering diberikan. Semoga DS terus direzkikan kesihatan dan terus menyumbang ke persada ilmu tanah air dan antarabangsa dengan tulisan-tulisan ilmiah dan kalam puisi yang indah-indah.

Selamat bersara DS. Antara tulisan beliau yang harus menjadi cerminan cendekiawan yang bernama Melayu:
“cendekiawan yang bernama Melayu sudah kemiskinan visi. Kalaupun mereka kaya dengan visi, visi tersebut ialah kekayaan diri, kedudukan dan kekuasaan!” - DS Dr. Zaini Ujang, September ‘89

Zambry Abd. Kadir
Kementerian Pendidikan Tinggi

Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI #UiTMdiHatiku

Date

Language

Malay

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/15uTG8oHc6/

Files

Majlis sejambak Kasih (1).jpg
Majlis sejambak Kasih (11).jpg
Majlis sejambak Kasih (2).jpg
Majlis sejambak Kasih (3).jpg
Majlis sejambak Kasih (4).jpg
Majlis sejambak Kasih (5).jpg
Majlis sejambak Kasih (6).jpg
Majlis sejambak Kasih (7).jpg
Majlis sejambak Kasih (8).jpg
Majlis sejambak Kasih (9).jpg
Majlis sejambak Kasih (10).jpg

Collection

Citation

“Menghadiri Majlis Sejambak Kasih Anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1032.

Output Formats