Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia
Title
Description
26 Februari 2025 – Majlis penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia bagi sesi 2024/2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Annex, UiTM Shah Alam.
Watikah pelantikan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Akmal Zharif Ahmad Kamal, Setiausaha Politik kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi.
Turut hadir di majlis tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar); YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam Noordin, Pendaftar UiTM; YBrs. Prof. Madya Dr. Badrul Isa, Penolong Naib Canselor (Keusahawanan); YBrs. Prof. Madya ChM Dr. Haji Mohammad Noor Jalil, Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar; YBrs. Encik Wan Ahmad Rahiman Wan Abd Rahim, Pengarah Bahagian Pentadbiran Strategik dan Sumber Manusia, serta Timbalan-Timbalan Rektor UiTM Kampus Cawangan, Dekan-Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar), dan Pengurusan Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
#HEPUtama
#UiTMdihatiku