Hala Tuju Pendidikan Tinggi : Pelan Strategik 2025-2035
Title
Hala Tuju Pendidikan Tinggi : Pelan Strategik 2025-2035
Description
Pagi tadi berada di KPT menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Kementerian JTPK dipengerusikan oleh DS KSU, terakhir bagi DS KSU. Berbincang strategi dan KPI pengurusan projek pembangunan bagi tahun 2025.
Sejurus tamat, Kami terus ke Dewan Zaaba menghadiri majlis penyerahan Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 oleh kumpulan pembangun Pelan kepada YBM KPT. Tahniah kepada semua pakar, perunding dan kumpulan penulis dari UPM. Kami menyumbang diawal permulaan pengumpulan maklumat berkaitan transformasi politeknik dan TVET.
Kumpulan Pakar Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035) yang diketuai oleh Datuk Prof. Emerita Dr. Asma Ismail.
Kumpulan Pakar Pelan Pendidikan Tinggi Malaysia 2025-2035 (PPTM 2025-2035) yang diketuai oleh Datuk Prof. Emerita Dr. Asma Ismail.
Dokumen tersebut telah diterima secara rasmi oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir dan dijangka akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.
YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry dalam ucapannya menegaskan bahawa PPTM 2025-2035 adalah hasil usaha anak tempatan tanpa bergantung kepada perunding asing, sekali gus membuktikan keupayaan pakar Malaysia dalam merangka hala tuju pendidikan tinggi negara.
PPTM 2025-2035 menekankan akses pendidikan inklusif, transformasi digital dan daya saing global serta mencatat pencapaian asas seperti peningkatan 59% dalam pembelajaran dalam talian, 68% dalam kemasukan pelajar daripada golongan B40 dan Orang Asli serta kejayaan universiti penyelidikan menjana RM3.73 bilion.
Hadir sama Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman; Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Datuk Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; dan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah dan rakan-rakan Naib-Naib Canselor UA.
Sebelah petang pula menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan JV Auto Lube Sdn Bhd di Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, UiTM Shah Alam. Syarikat Bumiputra yang sangat berpotensi, UiTM membantu menjadi ‘power house’ penyelidikan dengan menghasilkan 13 produk pelincir yang sudahpun dipasarkan. UiTM terus mengakar ke bumi.
Sempat juga menerima kunjungan dari Boustead Properties yang juga rakan Alumni UiTM berbincang beberapa peluang pembangunan hartanah untuk membantu UiTM. Terima kasih Dato’ Rosthman dan CEO Bousted Properties sudi singgah lewat petang tadi.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
Date
Language
Malay
Collection
Citation
“Hala Tuju Pendidikan Tinggi : Pelan Strategik 2025-2035,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed March 10, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1033.