PERANAN WANITA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI BANGSA

Title

PERANAN WANITA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI BANGSA

Subject

Peranan WANITA dalan PEMBENTUKAN Jati Diri Bangsa

Description


SHAH ALAM: Tidak sampai 50 peratus negara di seluruh dunia yang penduduk wanitanya mencapai tahap pendidikan di peringkat sekolah rendah atau kesetaraan dalam gender persekolahan di peringkat itu.

Malah, peratusan negara yang mempunyai penduduk wanita ke sekolah di peringkat menengah hanya sekadar 24 peratus sementara kelompok jantina itu ke peringkat pengajian tinggi pula dilaporkan lebih rendah.

Data berkenaan dikongsikan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Dr. Roziah Mohd. Janor yang memaklumkan, wujud ketidakseimbangan pendidikan dalam kalangan 192 negara di seluruh dunia.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak tergolong dalam kelompok yang mana penduduk wanitanya ketinggalan dalam pendidikan apabila dasar mewajibkan semua rakyat ke sekolah dikuatkuasakan kerajaan.

“Kalau saya sebut statistik di seluruh dunia, sebanyak 129 juta wanita tidak bersekolah. Hanya 42 peratus negara yang mencapai kesetaraan gender dalam sekolah rendah, jadi kita kena bersyukur duduk Malaysia.

“Saya sebut ini sebab pelajar-pelajar kita yang berusia 18 tahun ke atas, kena bersyukur duduk di Malaysia sebab kita ada dalam negara disebutkan. Kita ada polisi yang semua kena pergi sekolah tak kira lelaki atau wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam webinar Dialog Kepimpinan Wanita Muda UiTM anjuran Institut Kepimpinan Pelajar (IKP) dan Persatuan Wanita UiTM (Pewani) dikendalikan Timbalan Yang Dipertua II Pewani, Profesor Dr. Hamidah Mohd. Saman hari in, yang menekankan kepentingan wanita dan bangsa dalam membentuk jati diri.

Dalam dialog tersebut, Roziah menekankan pembangunan kendiri wanita tidak seharusnya melihat kepada persaingan antara jantina ataupun orang lain, sebaliknya perlu menjadikan diri sendiri pesaing dalam menentukan pencapaian lebih baik di masa hadapan.

Malah, beliau turut menekankan wanita berupaya menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi, masyarakat atau negara, namun perlu mendidik diri dengan meningkatkan ilmu pengetahuan serta memupuk keberanian dalam membuat keputusan.

“Wanita kena peka tentang pengurusan, yang paling utama sekali adalah keupayaan membuat keputusan. Kalau tak berani membuat keputusan kita menjadi orang nombor dua, hendak membuat keputusan mesti jadi nombor satu.

“Kalau kita hendak bersaing dengan diri kita, perlu perbaiki diri supaya jati diri kita lebih kukuh, kalau semalam kita tak cerdik, hari ini kita mesti lebih cerdik. Dari segi kerohanian, kalau semalam kita kurang beriman, hari ini kita mesti jadi lebih beriman.

“Kalau jasmani, sekarang kita berat lebih 80 kilogram, hari ini kita perbaikinya. Kalau kita hendak bersaing dengan orang, kita akan gagal untuk membentuk jati diri kumpulan atau bangsa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

Format

Webinar

Files

webinar_kenegaraan_1.jpg
wanita-pendidikan.jpg

Collection

Tags

Citation

“PERANAN WANITA DALAM PEMBENTUKAN JATI DIRI BANGSA,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed December 9, 2024, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/111.

Output Formats