Penghargaan dan Kenangan Bersama YBhg Datuk KSU KPT di Kampus UiTM Cawangan Selangor"

Title

Penghargaan dan Kenangan Bersama YBhg Datuk KSU KPT di Kampus UiTM Cawangan Selangor"

Description

Alhamdulillah, pagi tadi, sesampai sahaja YBhg Datuk KSU KPT ke kampus UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam, sebelum mesyuarat JPKA KPT, saya dan beberapa pegawai kanan UiTM mengambil sedikit ruang untuk memberi taklimat perihal kampus dan keperluan kewangan UiTM.

Kami juga mengambil peluang untuk memberi hadiah khas kepada YBhg Datuk KSU yang baharu sahaja menyambut hari jadi pada 9 Mei yang lalu. Ini menjadi kejutan kepada beliau kerana kami katakan ini rahsia besar.
Kami menyerahkan rekod pelajar Datuk KSU beserta borang permohonan beliau ke ITM bertarikh 26/12/1985 dan Surat Tawaran ke UiTM untuk Tahun Akademik Januari 1986. Pada waktu yang sama, kami juga sedang menuntut di ITM di bawah program ITM/MUCIA.
Diiringi juga dengan hadiah Carrot Cake, antara kegemaran Datuk KSU, dari Hotel UiTM, beserta beberapa produk UiTM hasil usaha penjanaan pendapatan UiTM. Semoga hadiah hari jadi kali ini menjadi istimewa, mengimbau kenangan Datuk waktu di ITM dulu. Pastinya rambut fesyen 80’an mengusik jiwa, ala-ala Aman Shah & Latif Ibrahim... yang sezaman sahaja yang faham.

Terima kasih, YBhg Datuk, kerana memilih UiTM untuk mesyuarat JPKA kali ini dan sudi menerima hadiah dari kami
.
Kami di UiTM turut berbangga dengan pencapaian Datuk selaku alumni Universiti keramat ini, yang telah melahirkan graduan yang asalnya anak-anak kampung seperti kami... InsyaAllah, perjuangan pendidikan ini akan kita teruskan demi agama, bangsa, dan tanah air.

Tahniah kepada Bahagian Arkib UiTM, PTAR, atas usaha pengarkiban terbaik!

Bahagian Arkib Universiti Teknologi MARA

Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam, Selangor

Kementerian Pendidikan Tinggi
Globally Renowned, Locally Rooted

‎دمي اڬام بڠسا دان تانه اير

‎اوسها تقوى مليا

#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️

Date

Language

Malay, Arabic

Local URL

https://www.facebook.com/share/p/1Ac9C4djic/

Files

serahan Borang Pelajar lama KSU (1).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (2).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (3).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (4).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (5).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (6).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (7).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (8).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (9).jpg
serahan Borang Pelajar lama KSU (10).jpg

Collection

Tags

Citation

“Penghargaan dan Kenangan Bersama YBhg Datuk KSU KPT di Kampus UiTM Cawangan Selangor",” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 26, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1294.

Output Formats