[Artikel + Foto] Perkongsian Hantaran : KSU KPT SERU UNIVERSITI PERKASA TADBIR URUS KEWANGAN
Title
[Artikel + Foto] Perkongsian Hantaran : KSU KPT SERU UNIVERSITI PERKASA TADBIR URUS KEWANGAN
Description

"
KSU KPT SERU UNIVERSITI PERKASA TADBIR URUS KEWANGAN
15 Mei 2025 | Puncak Alam, Selangor
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim menegaskan keperluan semua Universiti Awam (UA), Hospital Pengajar Universiti (HPU) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta memperkasa usaha penjanaan pendapatan melalui sumber alternatif.
Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Suku Pertama Tahun 2025 yang telah berlangsung di Dewan Sri Alam, Kampus Puncak Alam, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pagi tadi.
Mesyuarat tersebut turut menyentuh keperluan UA dan agensi berkaitan untuk mematuhi peraturan baharu penyaluran geran oleh Kementerian Kewangan (MOF) yang kini dilaksanakan secara sukuan.
Selain itu, penekanan turut diberikan terhadap penyediaan Anggaran Belanjawan Mengurus (ABM) tahun 2026 secara lebih tersusun.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan sasaran baharu bagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) penjanaan pendapatan, iaitu peningkatan kepada 40 peratus bagi Universiti Penyelidikan dan 25 peratus bagi Universiti Bukan Penyelidikan.
UA juga disaran memperhebatkan inisiatif kutipan dana melalui wakaf, endowmen, zakat dan sumbangan masyarakat dengan sasaran minimum 2.5 peratus daripada jumlah geran mengurus tahunan.
Mesyuarat turut dimaklumkan berkenaan status pembentangan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan (LTPK) 2023 yang telah diaudit.
Turut dibentangkan ialah pencapaian pelaksanaan projek-projek infrastruktur serta inisiatif International Affordable Diagnostics and Therapeutics Alliance (IA-DATA) melibatkan Universiti Malaya.
Terdahulu, YBhg. Datuk Dr. Anesee turut menerima 'Borang Permohonan Ke Peringkat Diploma Institut Teknologi MARA' sebagai cenderahati alumni yang telah diserahkan oleh Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin.
Usai mesyuarat, YBhg. Datuk Dr. Anesee bersama para ahli mesyuarat telah dibawa meninjau sekitar Kampus UiTM Puncak Alam serta Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA).
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Datuk Mohamad Azhan Md Amir; Pengurusan Tertinggi KPT, UA, HPU dan MQA.
#MalaysiaMADANI
"
Sumber :
Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi
"
Sumber :
Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi
Source
Official Facebook Page : Kementerian Pendidikan Tinggi
Date
Language
Malay
Local URL
https://www.facebook.com/share/p/16PNWVGtZz/
Collection
Citation
“[Artikel + Foto] Perkongsian Hantaran : KSU KPT SERU UNIVERSITI PERKASA TADBIR URUS KEWANGAN,” Minda Naib Canselor UiTM, accessed May 27, 2025, https://mindanc.uitm.edu.my/items/show/1296.