Majlis Penyerahan Sijil Kursus Penjagaan Bersalin: Menyemai Ilmu, Menjana Pendapatan
Title
Description
Alhamdulillah, pada hari Sabtu lalu telah menghadiri Majlis Penyerahan Sijil Tamat Kursus Penjagaan Sebelum dan Selepas Bersalin, anjuran Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Caw. Pulau Pinang - Media FB Rasmi, Kampus Bertam untuk wanita-wanita Sabah bertempat di Kota Kinabalu.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yayasan PETRONAS kerana berbesar hati membiayai sepenuhnya kursus ini.
Majlis dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Hajah Myrna Jimenez @ Isabelo, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan dirasmikan oleh Yang Berusaha Pn. Shariah Nelly Francis, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS.
Terdapat beberapa peserta yang bukan sahaja menjana pendapatan melebihi RM2,500 sehingga RM6,000 sebulan, malah ada yang berjaya memperoleh antara RM6,000 sehingga RM17,000 sebulan.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada ketua geran, iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Wan Ismahanisa dan pasukan beliau dari Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Pulau Pinang atas dedikasi mereka merealisasikan kursus ini. Turut hadir Rektor UiTM Pulau Pinang dan Dekan FSK.
Globally Renowned, Locally Rooted
دمي اڬام بڠسا دان تانه اير
اوسها تقوى مليا
#vcuitm7
#GRU2025
#MalaysiaMADANI
#UiTMdiHatiku❤️